Monday, May 19, 2014

Asrama sekolahku... (leader79)

Salam, Ini first time aku nak kongsi ceriter pasal sekolah lama aku kat area klang, selanggor. Haha.. nama sekolah dirahsiakan untuk mengelak dari anasir-anasir yang tak baik. Sekolah aku nie dah lama dibuka, kalau tak salah aku dalam era 70an. Aku pulak sekolah kat sini dalam hujung 90an. Banyak kisah misteri yang orang dah ceriter kat aku, masa aku junior kat sini tapi aku tak percaya. Macam mana aku nak percaya, sebab surau kat sini penuh dengan budak-budak mengaji dan sembahyang. Pendek kata ayat-ayat alquran sering kedengaran kat sekolah nie. Aku pun masa sekolah kat sini, alim lah jugak.. hehe. Nak dijadikan ceriter asrama kat sini, keadaannya agak seram sikit. Aku kata macam tu sebab dari segi bangunannya agak lama. Aku pulak first time jauh dari keluarga. Masa nak ke tandas, aku rasa tak der orang yang nak pergi sendiri. Mesti nak kena ada teman, kalau tak, tak ada yang berani. Budak-budak kat sini pulak "berisi" maknanyer ada pemakainya. Minggu pertama kat sini aku rasa biasa jer. Tetapi lepas kenal beberapa budak yang "berisi" nie, aku rasa takut sikit. Korang bayangkanlah, ada budak yang boleh terjun dari tingkat tiga dan naik balik ikut tangga. Tiap-tiap malam ada jer budak yang histeria dan kena rasuk. Aku pun pelik, waktu siang macam berada kat dunia lain dan malam pula kat dunia misteri. Korang bayangkan, ada satu malam nie kat dorm aku, tiba-tiba budak nie histeria. Nama samaran dia ujang. Ujang nie tiba-tiba kena rasuk lepas sembahyang isyak. Aku pun ada terfikir, dia nie kosong ker berisi. Kalau berisi, mungkin dia dah langgar pantang ker? Bersambung... Ujang nie budak melaka, tapi cakap loghat negeri. Dia nie baik orangnya dan pendiam. Susah nak dengar dia bercakap atau berborak dengan kawan-kawan. Malam yang dia kena histeria nie dia ada kat dorm, baru lepas habis sembahyang. Aku pun ada terfikir dia nie main-main ker betul-betul. Baru lepas sembahyang, takkan tiba-tiba kena histeria. Aku pulak, bab-bab macam nie penakut sikit, tak pernah tengok orang histeria. Budak-budak yang lain pulak, ramai ada kat bawah. Tak naik dorm lagi, ada yang terus pergi study. Aku dengan 2, 3 orang jer nie yang ada dalam dorm. Tiba-tiba aku terdengar laungan azan, rupa-rupanya ada sorang kawan aku nie, terus laungkan azan lepas ujang mula meronta nak keluar dari dorm. Cepat-cepat kami bertiga pegang ujang dan dia terus rebah tak sedarkan diri. Tak lama kemudian ramai lah yang datang kat dorm nie, nak tau kenapa ada orang azan tiba-tiba.. Bersambung.. ujang, apabila mula sedar seluruh badannya mengeletar. Aku yang baru nak berani nie dah takut balik. Dia kata, dia ada buat salah sebelum dia kena kacau, masa dia ambil wuduk tu dia boleh siap kencing kat tempat orang ambil wuduk. Lepas tu masa orang start sembahyang, dia ada nampak mahluk berbulu memandang dia tengah sembahyang, so lepas sembahyang dia ingat nak terus tidur. Aku pun soal lagi dia, sebab aku macam tak percaya cakap dia, macam mana tengah sembahyang pun benda tu boleh kacau. Dia cakap memang betul dia nampak dan dia tunjukkan telapak tangan dan kaki dia kat aku. Aku terkejut lepas tengok memang putih macam tak cukup darah. Itulah first time aku nampak kedua-dua telapak tangan dan kaki putih macam mayat. Dah tak pasal-pasal malam tu satu dorm aku, tidur dalam ketakutan. Surah yassin tak putus-putus kami baca, siap letak senaskah yassin kat bawah bantal sebab takut punya pasal. Kita orang tidur reramai berhimpit-himpit malam tu. Aku yang tadinya takut dah rasa kelakar pulak. Ramai kawan-kawan aku satu dorm ni kesian kat budak ujang ni. Malam tu dia tak nak tidur. Puas kita orang pujuk tapi dia tetap masih dalam ketakutan. Pagi tu dia tak pergi sekolah sebab family dia datang ambil dia balik. Lepas dalam dua minggu kemudian dia datang balik siap pakai tangkal kat leher dia. Aku yang tiba-tiba ternampak tangkal tu dah rasa kelakar lah pulak siap ejek-ejek dia sebab percaya pada tangkal tu. Rupanya itu minggu terakhir dia kat sekolah tu sebab dia kemudiannya tukar sekolah. Sedih lah pulak aku sebab itulah kali terakhir aku berkawan dengan budak ujang ni. Bersambung.. Selepas peristiwa ujang pindah sekolah tu, aku dah rasa memang ujang betul-betul nampak "benda" tu. Tapi budak-budak kat asrama ni memang berani, dia orang macam tak ambil kisah pun apa-apa peristiwa aneh yang berlaku kat sini. Selang beberapa hari kemudian aku ada ikut beberapa orang taiko kat sini keluar asrama waktu malam. Istilah kat sini dipanggil "RAMBO". Rambo nie istilah untuk budak-budak panjat pagar keluar asrama waktu malam. Bukan senang nak keluar, sebab kena redah semak dan lalang tinggi kepala kita. Siap ada pacat, nak keluar pula dalam pukul 11 malam ke atas itulah pasal kita orang gelar rambo. Masa aku tengah rambo waktu malam, aku pesan kat geng aku kalau nampak atau dengar apa-apa jangan ditegur. Tiba-tiba tak lama tu, aku pulak yang terdengar suara nyaring kak pon mengilai. Mula-mula tu aku tak perasan, rasa macam tak percaya pun ada. Tapi lepas budak-budak nie lintang pukang lari, baru aku tau nie real bukan main-main. Port kita orang kat warung mamak dekat rumah kedai area sini. Datang sini pun sajer nak makan dan main" kuda". Masa tu main kuda nie tengah top hehe. Sampai jer kat sini kita orang bincang pulak macam maner nak balik. Aku cakap kat dia orang, baik kita balik dah dekat nak subuh. Tapi bahaya pulak, masa nak masuk banggunan asrama, sebab time tu ramai yang dah bangun. Serba salah pulak aku waktu tu, takut kat cik pon ker nak takut kat warden. Last-last terpaksalah aku buat keputusan, sebab kalau kantoi dengan warden lagi teruk. Hantu ni kalau terserempak bolehlah kita baca apa-apa nanti. Kita orang dah start baca ayat alquran dari kedai kuda tu lagi dan sepanjang jalan nak balik asrama. Dalam hati siap budjet hantu tentu dah tak berani kacau dah. Tiba-tiba aku rasa lain macam jer area kat sekeliling aku. Sunyi semacam, dan tak dengar bunyi katak dan cengkerik. Masa tu pun dah tak berangin, macam selalu. Dah mula rasa takut... Ada lagi ker cik pon kat sini... Bersambung... Malam tu, aku dah rasa serik nak gi rambo lagi. Seronoknya sekejap jer, tapi seksanya macam nilah. Kita orang berlari-lari anak nak ke asrama balik. Nak jer aku berlari kalau boleh, sebab takut cik pon punya pasal. Tapi disebabkan jalan yang kita orang lalu, macam masuk hutan tak dapatlah aku nak berlari. Belakang asrama aku ni , dah macam hutan kecil. Lalang jer dah tinggi kepala orang. Sedang aku and the geng, kelam kabut nak cepat. Member aku brandon pun tegur kita orang, macam ada yang tertinggal jer. Dah mula aku tengok kiri dan kanan aku, nampaknya memang tak cukup. Siapa pulak nie dah tertinggal, marah aku kat member aku. Kita orang mula mengira sorang- sorang dalam hati. Petua nie dah selalu senior pesan. Kalau tak cukup member, masa kira jangan cakap kuat-kuat karang ader jer yang menjawab. Mula-mula kira macam tak cukup sorang, kira balik tak cukup 2 orang. Takkan aku salah kira nie. Ah kira balik. Budak-budak lain pun sibuk mengira macam aku jugak. Dah macam budak tadika mengira, tak habis-habis. Dah lain macam pulak aku rasa, takkan ramai-ramai kira pun boleh silap. Hilang sorang ker 2 orang.. Bersambung.... Sedang aku sibuk mengira, aku pun pandang muka sorang-sorang budak-budak yang ikut keluar, rambo malam-malam. Ah.. semua ada. Mana ada yang tertinggal. Pagar asrama aku pun dah nampak kat depan tu. Tiba-tiba kat depan kita orang, tak pasal-pasal sebatang pokok jatuh betul-betul kat lorong nak masuk ke kawasan asrama aku. Ah.. kena block ngan pokok pulak. Dalam hati macam mana pokok nie boleh jatuh. Serentak kita orang pandang kat atas pokok yang berhampiran. Tak ada apa-apa. Tiba-tiba kita orang terdengar lagi suara cik pon mengilai nyaring macam ada kat sebelah kita orang. Lintang pukang aku lari, nasiblah siapa yang tertinggal, aku dah tak peduli. Sampai saja kat dorm aku, terus aku naik atas katil mengigil sampai ke pagi... Esok paginya, masa nak bersiap ke sekolah baru kita orang bercerita balik kes semalam. Aku tanya sorang-sorang , siapa yang nampak benda tu. Macam-macam versi pulak yang keluar.Ada yang nampak benda putih terbanglah, ada yang cakap benda tu kat sebelah kita orang lah, tapi yang pasti semua dengar bunyi suara mengilai tu. Aku tak nampak apa-apa tapi dengar bunyi tu pun dah cukup buat aku takut. Memang tak ada siapa pun yang boleh tiru bunyi tu. Sedang aku bercerita kes malam tadi, baru aku perasan kawan aku itik, budak sama kelas dengan aku tak join breakfast dengan kita orang. Mana pulak itik nie, dah lambat dah nak pergi sekolah nie. Pagi-pagi kalau murid tak ikut perhimpunan, memang kena denda. Aku pun pergi cari itik kat dalam dorm, Katil dia masih bersepah. Pelik dah nie takkan dia tak kemas katil dia. Siapa yang duduk hostel memang tahu peraturan ni, sebelum pergi sekolah katil memang nak kena kemas dulu. Kemudian aku cari balik kat dewan makan, tak jumpa jugak. Ah.. nie mesti dah pergi sekolah, sebab dah lambat dah nie. Dalam hati aku membebel, budak ni memang sajer buat aku marah. Masa perhimpunan aku pun mula cari dia. Eh.. tak nampak pulak, sampai kat kelas pun tak der. Mana itik nie... dia tertiggal kat dalam hutan semalam ker?... Bersambung..... Kat dalam kelas, macam biasa aku selalunya mengantuk. Tak perform, disebabkan aktiviti malam yang padat.. hehe... Penat seharian belajar, menyebabkan aku terlupa sekejap pasal itik. Masa balik dari sekolah nak ke dewan makan baru aku teringat pasal itik. Dalam aku sibuk beratur menunggu giliran nak ambik makanan, aku macam ternampak mamat poyo dah nak habis makan kat sudut belakang mengadap partition pelajar perempuan. La.. kat sini rupanya kau. Jerkah aku kat itik.. Rupanya dia ni tak pergi sekolah, ponteng. Malam tu pulak dia tidur kat dorm bawah tak berani nak naik kat dorm dia.Patutlah aku cari pagi tadi tak ada. Malam ni kita orang malas nak keluar. Ah.. penat, takut pun ada. So petang tu aktiviti sukan kita orang berakhir ngan lepak-lepak makan burger kat warung depan sekolah. Tengah lepak-lepak sambil borak-borak kosong, jumat member aku budak paling selamba pun citer semalam ada budak lelaki pergi "ASPURI" tapi kantoi ngan warden perempuan. Aku pun terkejut, malu giler kalau kantoi silap-silap kena buang asrama nie. Budak yang kantoi tu pulak popular kat sini, sebab dia rajin azan waktu nak sembahyang. Jumat dengan selamba cakap kalau dia yang pergi asrama puteri conform tak kantoi. Haha.. semua kawan-kawan aku tergelak. Kita orang masih teringat malam tu dia yang paling cuak masa kelam kabut kena kacau ngan kak pon. Malam tu kita orang dah tak fikir pun nak pergi asrama puteri, tapi bila kita orang dengar ada group yang nak pergi, aku tiba-tiba semangat nak follow. Kita orang bersiap ngan pakaian hitam dan dalam pukul 2.30 pagi, kita orang mulakan perjalanan giler nie. Hati aku dah berdebar-debar, bukan apa kalau kantoi malu besar aku. Karang awek aku kata apa pulak.. Dari jalan ke dewan makan, aku meyusur ke belakang dan panjat pagar asrama puteri nie. Dalam hati aku terfikir mana group yang lagi satu. Dia orang ikut jalan mana. Tak jauh dari tempat aku panjat pagar nie, aku ternampak lembaga hitam samar-samar dah berada kat koridor asrama perempuan nie. Dalam hati aku tersenyum, oh korang dah sampai dulu yer.. Aku siap bagitau kawan-kawan aku follow belakang aku, aku pun nak join sama group tu. Jumat pun pelik tengok aku sebab selamber giler terus nak terjah dah macam over confident pulak.. Aku pun cakap yang aku ternampak group tu dah ader kat koridor dah. Kita ikut jer. Tapi sorang pun member aku tak nampak apa yang aku nampak. Aku pun cakap dia orang dah sampai la.. sama macam kita pakai baju warna hitam. Jumat tanya aku lagi, siapa? Aku cakap geng zulu laaa. Jumat terkejut mana ada, zulu tak jadi pergi laa..lepas dengar ijam kantoi dengan warden perempuan.Aku lepas dengar lagilah terkejut nak jer aku lari terus ikut pagar depan lepas aku dengar apa jumat cakap. Habis aku nampak siapa kat koridor tu? Ah.. nak buat apa nie.. Bersambung.... Sebenarnya aku dah lama mengidam nak masuk asrama puteri nie.. Bukan ada niat jahat pun. Masa tengah zaman remaja tu, perasaan ingat tahu memang meluap-luap..hehe.. Aku dengar macam-macam cerita pasal budak-budak perempuan nie. Masa sekolah "black out" tak ada elektrik, budak-budak lelaki tepu tak tahu nak buat apa. Tapi budak-budak perempuan siap buat unggun api macam tengah berkhemah. Ada aku dengar jugak dia orang ada yang lesbian. Dorm bersih giler dan macam-macam lagi yang sensored hehe.. Masa aku tahu cuma group aku jer yang ceroboh aspuri nie, aku dah tak sedap hati. Dahlah ijam baru kantoi. Aku pulak dah nampak lembaga hitam kat koridor nie. Perasaan takut lagilah bertambah-tambah. Masa tu aku dah tak ada pilihan lain, kecuali keluar balik. Masa aku nak patah balik tu, ada pulak budak yang tak setuju. Dah alang-alang sampai, jom kita tengok apa yang best kat sini. Aku tak adalah sampai nak masuk dorm diorang cuma lalu jer kat situ. Masa aku lalu kat koridor dia orang, kasut dan selipar budak-budak nie kat luar rupanya. Maknanya dalam dorm tak pakai selipar. Bersih giler kalau macam nie. Mulalah jumat nak start buat dajal alihkan selipar dia orang. Budak-budak kat hostel nie kalau pasal selipar memang sensitif. Ha..ha aku pun sama cari idea nak buat dajal. Lepas tu kita orang lalu kat bilik air diorang nie. Terkejut giler aku pasal bergelap. Nak jimat elektrik apa dia orng nie. Takkan masa masuk baru buka lampu. Tapi alih-alih dengar orang ketawa kat dalam tu.. Giler apa budak-budak perempuan nie masuk bilik air dalam gelap.. Lepas tu kita orang dengar suara yang perlahan dan seram memanggil nama kawan aku. Itik.. itik.. Faisal..faisal berulang kali.. Eh.. siapa pulak nie.. bukan semua orang tahu nama itik nie sebenarya faisal.. dan macam mana dia tahu aku and the geng ada kat sini... Bersambung.... Malam tu sunyi sikit, aku dalam keadaan takut, merayau-rayau kat dalam aspuri. Selepas nama itik disebut berulang-ulang dengan nama betul dia dari dalam bilik air yang gelap. Aku semakin takut walaupun kami ramai. Masa tu baru datang seribu penyesalan kat hati kami. Kenapalah gatal sangat nak masuk aspuri nie. Kalau aku tidur jer kan lagi baik. Aku tanpa kata sepatah pun kat member-member aku, terus meninggalkan tempat itu. Aku dah trauma dah, dah laa.. aku sorang jer yang nampak lembaga hitam sebelum tu. Aku rasa kawan-kawan aku pun perasan, aku dah lari dulu. Aku bukannya penakut.. tapi malam tu, dah lebih dari limit aku. Cuma aku tak tahu nak keluar ikut mana yang lagi cepat dan selamat. Nak jer aku cari awek aku malam tu, nak minta tolong dia. Tapi nanti mungkin lagi kecoh kalu budak perempuan yang lain tahu.. Aku rasa member-member aku pun dah cabut, masa aku tengah panjat pagar, ikut jalan aku masuk tadi. Tiba-tiba aku terdengar orang memanggil-manggil nama aku. Eh.. nie suara orang ni. Macam kenal.. suara itik. Tapi aku tak berani menoleh belakang.. buatnya benda tu boleh meniru suara itik nanti pengsan pulak aku kat situ. Selepas aku dah keluar sorang-sorang dari kawasan aspuri, tiba-tiba badan aku kena suluh dengan lampu suluh dari jarak jauh.. Aku tak nampak siapa sebab silau, dan aku tak peduli siapa pun. Aku terus lari masuk dalam dorm. Kemudian bunyi siren asrama bergema dengan kuatnya, sah ada spot check.. Nie mesti nak check siapa yang tak ada dalam dorm. Nasib baik aku dah kat dalam. Tapi macam mana dengan kawan-kawan aku... Ada kat mana? kenapa sebelum nie itik panggil aku dan siapa yang suluh aku sebelum tu?.... Bersambung... Malam tu aku dah takut giler. Budak dorm yang lain tahu aku keluar. Nanti ada yang pandai-pandai pulak bagitau kat warden. Spot check kat asrama aku nie dah macam dalam penjara, disuruhnya kita duduk mencangkung dan kedua-dua tangan atas kepala sambil kepala tunduk. Aku takut giler masa tu, dalam hati janganlah sampai kantoi. Sedang aku duduk mencangkung baru aku perasan pakaian aku tak sama macam budak lain. Aku siap pakai kasut lagi. Alamak... tak sempat aku nak tukar baju dan pakai selipar. Masa warden nak pergi kat tempat aku berkumpul tiba-tiba warden aspuri datang. Aku nampak warden cikgu gaban ikut warden aspuri. Ah.. lega. Kat sini cikgu gaban nielah yang paling ditakuti oleh budak-budak lelaki kat sini. Kalau kena penampar memang tak ingat. Dahlah dia nie pemurah dengan penampar. Kadang-kadang belum cakap sepatah penampar dah sampai dulu. Masa tu baru aku terfikir member-member aku yang lain, aku masih tak nampak lagi. Cikgu gaban pulak dah kat aspuri. Lepas tu hanya ketua dorm jer yang kira budak-budak dorm. Nasib baik shah, ketua dorm aku sporting. Lepas tu budak-budak lain pun bersurai. Aku pun tukar baju dan cari jumat, itik dan yang lain lagi. Tapi nak cari kat mana, takkan aku nak tanya budak-budak lain. Karang tak pasal-pasal kontoi pulak. Budak-budak kat sini dah lah ada macam-macam jenis. Kemudian aku nampak ada ambulans yang masuk aspuri. Nie apa kes nie, belum pernah pulak aku nampak ambulans masuk, biasanya pun naik kereta cikgu kalau nak ke hospital. Bersambung... Malam tu selepas pelbagai peristiwa yang terjadi, aku pun tidur lena akibat kepenatan. Esoknya baru aku tahu yang malam tadi ada pelajar yang pengsan di aspuri. Itu yang aku nampak ambulans masuk. Kenapa pelajar tu pengsan aku tak tahu ceritanya. Kawan-kawan aku pun dah balik ke aspura dengan selamat. Kelakar pulak masa tu semasa kawan aku cerita pasal aku kelam kabut lari ke aspura. Dia orang cuba nak tahan aku nak tanya kenapa aku tinggalkan budak-budak yang lain. Selepas tu seminggu aku dah tak buat lagi kerja bodoh aktiviti malam aku. Sampailah satu ketika tiba-tiba aku rasa lapar.. Mulalah cari stok maggie, mahal giler kalau budak-budak dorm aku jual. Mulalah otak aku berfikir macam mana nak cari makanan. Aku pun terfikirkan dewan makan. Dapat setin biskut pun ok jugak.. Masa aku planning nie, tak der sape pun yang nak ikut. Lepas aku paksa, barulah ada yang follow. Brotherhood lah katakan..hehe. Masa buat kerja nie, aku tak der lah takut macam pergi rambo dan ke aspuri sebab aku dah biasa lalu jalan nie. Aku pergi berlima, tapi yang masuk empat orang. Sorang kena jaga line... Aku masuk dan bersemangat cari apa yang ada.. Dalam hati aku kalau dapat buah tembikai cantik jugak.. sedang aku sibuk mecuri makananan kat situ, tiba-tiba dengar bunyi bising kat luar. Abang kerja dewan makan dah banggun ker? Aku dah mula takut, tapi sempat jugak aku bawak lari sebiji tembikai dan tiga tin biskut. Lepas keluar aku tak nampak brandon budak yang jaga line.. mana dia nie tak boleh harap betul la.. Aku pun blah jer lepas tu. Masa nak cabut tue aku ternampak, kelibat brandon kat tepi dewan makan nie. Aku panggil dia, marah dia kenapa tak jaga line, tapi dia diam jer. Ah.. tak boleh harap runggut aku. Masa nak masuk aspura, baru aku perasan aku berempat jer. Brandon tak ikut balik aspura. Eh.. dia nie merajuk ker? Lantak ahh.. marah sikit pun tak boleh terima. Lepas tu aku kejut budak-budak dorm aku mana tahu ada yang lapar sama. Masa tengah kejut tu aku nampak brandon pun ada kat katil dia.. Eh.. cepat giler dia masuk dorm. Aku berempat yang gerak dulu. Aku pun kejut jugak dia.. Dia terkejut nampak aku, dan cerita dia minta maaf kat kami kerana tak jaga line sebab dia kena kacau, benda tu memanggil nama dia berulang kali. Dia juga nampak kelibat lembaga hitam kat sebelah dia... Aku pun lagilah terkejut sebab dengan siapa aku cakap masa aku jumpa dia kat situ.. Bersambung....... Masa aku kat asrama memang aku nakal, tapi aku tak kesal, yang aku kesalkan, masa tu aku lambat ada awek hehe.. Biasanya waktu petang aku dan member-member aku tak macam pelajar yang lain aktif dalam sukan. Kami pulak lebih suka bersantai dan borak kosong di kawasan sekolah. Kalau ada duit lebih kami akan makan burger yang dijual di hadapan pagar sekolah. Seperti biasa dah dekat nak maghrib, kami akan balik semula ke aspura nie. Sewaktu nak ke aspura nie, kami akan lalu dikawasan berderet pokok pinang. Aku memang pelik sikit dengan pokok pinang nie, sebab dah macam kat sekolah henry gurney pulak rasenya kalau aku tengok pokok nie. Tak ada pokok lain ke nak tanam. Tiba-tiba member aku baling batu kat satu daripada pokok nie. Aku pun terseyum.sebab aku pun baru terlintas terfikir pasal pokok nie, pada pandangan aku bukan cantik pun. Kalau tanam pokok buah-buahan boleh jugak aku makan. Malam tu masa aku tidur kat dorm aku, tiba tiba faisal menendang katil aku. Aku pun terkejut. Nie memang nak cari gaduh kalau mengigau pun janganlah sampai kacau orang nak tidur. Aku tengah sedap-sedap tidur pun boleh marah kalau kena tendang. Aku pun jerit kat dia sampai budak-budak yang lain terbangun. Tapi dia tetap tendang katil aku. Katil aku nie kat atas dan dia kat bawah aku nie, memanglah aku terkejut sebab tiba-tiba jer dia cari pasal. Lepas aku turun daripada katil tue, aku nampak dia dengan mata tertutup masih menendang katil aku, tapi aku tiba-tiba rasa bertambah takut sebab nafas dia sangat kuat seperti nafas lembu laga.. kuat giler dia tarik dan hembus nafas dia seperti orang kena rasuk.. Aku dan beberapa kawan aku yang lain cuba kejutkan dia.. tapi dia tetap ganas.. aku yang berenam cuba memegang badan dia tapi tak berjaya apabila dia meronta, kekuatan dia sangat luar biasa dan pelik.. tak kan enam orang pun tak boleh nak pegang dia... Aku sangat takut sebab dia sangat ganas.. dia cuba menendang orang yang dekat dengan dia dalam keadaan mata yang tertutup. Macam mana pulak dia dapat melihat aku dan budak-budak lain. Baru petang tadi dia elok jer ngan aku dan budak-budak lain lepak. Nie dah malam malam nie tiba -tiba macam kena rasuk... Dia mengejar kami yang lari dalam dorm nie. Bukanya besar pun dorm aku nie terpaksa aku lari lintang pukang... Bersambung...... Faisal kawan dorm aku, yang tiba-tiba kena rasuk sebenarnya ada kaitan dengan sebab dia baling batu kat pokok pinang yag berderet tu... Aku sampai sekarang kalau nampak pokok tu memang fobia, dan tak faham kenapa orang suka tanam pokok pinang berderet.. tanamlah pokok buah-buahan boleh juga makan. Faisal masa kena rasuk mula meracau dan mengamuk.. mula-mula dia tendang katil aku.. katil aku pulak memang betul-betul kat atas katil dia.. masa aku tak tahu dia kena rasuk, aku masa tu memang marah giler kat dia. Tapi bila tahu, aku jadi takut pulak.. hehe Masa kami lari berkeliaran kat dalam dorm tu, dia boleh macam melompat kat dalm dorm aku, punyalah tinggi dia lompat sampai jejak ats siling dorm aku. Dia jugak boleh meniti dawai halus tempat sidai tuala mandi kat dorm aku.. Aku pulak masa tu tak boleh nak keluar sebab dorm berkunci.. nak buka pulak kena stay lama depan pintu.. tak ada yang berani duduk setempat masa tu.. Kemudian dalam ramai-ramai tu ada yang azan.. masa tulah faisal cool down sikit... baru kita orang berani pegang dia. Tapi sebenarya faisal nie budak dia baik, susah nak marah. Lepas dia kena tu peristiwa tu, tak berakhir kat situ.. ada lagi peritiwa yang pelik berlaku kat dia.. antaranya yang aku tahu dia dah macam tak betul. Suka cakap sorang-sorang, kesian pulak aku kat dia.. Ada jugak kita orang pandai-pandai bagi dia minum air bacaan yassin, tapi lepas tu dia jadi ganas, lepas tu tak ada siapa pun yang berani bagi dia air yassin lagi.. Lepas beberapa bulan kemudian aku saja test dia suruh mengucap tapi dia tak tahu, terkejut jugak aku jadinya.. tanya rukun islam pun dia blur.. Lepas tu aku dah kurang berkawan dengan dia sebab takut, dan dia pun bayak habiskan masa sorang-sorang.. Peristiwa tu antara banyak kisah sedih masa aku kat hostel sekolah aku... pokok tu pun masih ada sampai sekarang... Tapi aktiviti malam aku masih berjalan seperti biasa, haha... Ada sekali tu aku boring giler sebab tak boleh tidur... ada yang bagi idea panjat tangki air..aku tanpa berfikir panjang terus jer kumpul budak-budak... Sebab sebelum nie ada group yang berlagak kononya diaorang yang paling berani panjat tangki air tu.. sebab tempat tu pun boleh tahan kerasnya... Aku pergi berlima, team biasa aku..tapi masa nak pergi tu kena lalu depan rumah warden... Mula-mula kena usha line dulu.. bab nak usha nie memang tak der sape nak volunteer.. termasuk aku.. kerja bahaya tu..hehe.. Masa nak usha tak pasal pasal ada pulak yang usha kita balik, hehe.... Karang katoi tak pasal pasal... Lepas tak ader yang nak buat kerja tu.. terpaksa lah aku yang buat sebab aku yang ajak diaorang semua nie.. Masa aku baru nak turun tangga , tiba-tiba aku macam ternampak kelibat orang tengah menyorok memandang aku, pelik... nak menjerit aku sebab punyalah takut.... siapa pulak yang pandang aku tu?.. kalau budak-budak nie apasal pulak nak menyorok kat bawah dalam gelap sambil usha aku... Bersambung...................

Kerajaan (PG-13)

BAB 1: Lahirnya seorang pemerintah baru “Tolong saya disini, panglima!” Panglima Melan berlari dari jauh menusuk musuh dengan pedang lengkungnya.Tenteranya tersenyum. Tiba-tiba, kedengaran bunyi dram ‘kematian’ dari jauh. Mereka dihujani anak panah, tentera-tentera terkorban. Panglima Melan sempat mengambil posisi demi keselamatan dirinya. Bunyi dram ‘kematian’ merupakan tanda-tanda awal apabila tentera kerajaan Gothiansmenyerang sesuatu negara atau daerah. Ianya dibuat daripada lapisan kulitberuang yang diregangkan sehingga maksimum serta bahan-bahan asas yang lain agar mampu menghasilkan gelombangbunyi yang amat kuat. “Itu, gelombang kedua serangan! Lindungi keluarga diRaja” Jerit seorang ketua pengawal peribadi diraja. Empat puluh orang anggota elitditugaskan membawa raja dan permaisuri ke negara jiran. “Tuanku, mari kita beredar sekarang. Negara ini sudah tewas!” Maharaja Asgard menatap patung besar lambang keluarganya. “Tidak sangka, Beta gagal mempertahankan kerajaan ini! Adinda, mahukah adinda mengikut beta?” “Sudah tentu tuanku, Adinda akan menuruti segala dan ke mana tuanku pergi” “Tuanku!” Pasukan itu berlari ke pintu rahsia. Mereka mula membina posisi bertahan demimelindungi maharaja dan permaisuri. Lima lapisan bulatan dibina. Pasangan DiRajaberada ditengah tengah bulatan. Mereka bergerak, dengan berat hati, Permaisuri Agong, Hasniara dan Maharaja Asgard menaiki kuda. Setelah beberapa batu mereka berjalan, Panglima Melan yang berlumuran darah mengejarmereka. “Tuanku! Negara kita, tuanku. Patikmampu meloloskan diri setelah kejadian tidak terkawal. Terdapat seorang lagiaskar yang mengikut patik, tetapi dia terkorban setelah dipanah oleh pihaklawan”. “Beta tahu." "Bagaimana tuanku mengetahuinya, sedangkan jarak perjalanan kita adalah 30 minit" "Maksud beta, beta tahu negara kita sudah kecundang. Tidak kisahlah, wahai panglima, mulai hari ini. Kamu dilantik menjadi PerdanaMenteri serta penasihat utama beta. Hari-hari akan datang akan jadi lebih susah,jadi setialah bersama beta.” “Skrittttttttttttttt Argh!!!” “Pemberontakan di lapisan kedua! Lindungi Maharaja dan Permaisuri!” jerit seorang ketua barisan. “Ini merupakan satu pengkahiran zaman pemerintahan keluarga Argard!” “Tidak selagi aku masih hidup!” Melan mengarahkan barisan pemanah,tetapi kebanyakkan anak-panah disangkal oleh perisai-perisai khas. Tujuan utamaperisai itu adalah untuk melakukan formasi melindungi kerabat diraja apabilaberlaku serangan mengejut, kini, perisai itu menjadi senjata utamapemberontakan. Perisai-perisai khas itu juga mempunyai duri-duri besi disekitarnya serta ditengah. Ini menyebabkan ianya amat berkesan semasa serangan tangan ke tanganatau pedang. Selain perisai, pemberontak-pemberontak juga menggunakan pedangyang sangat panjang. Pedang jenis ini membolehkan musuh dihiris dari jarak 2meter. Tentera yang menjaga raja serta permaisuri pula dilengkapi dengan perisai biasatetapi agak tebal yang mampu menahan anak panah jika dibandingkan denganperisai tentera-tentera pemberontak. Akan tetapi, tentera-tentera yang masihlagi setia mempunyai taat setia dan displin yang tinggi semasa latihanpeperangan. Ini dijadikan sebagai satu kelebihan bagi mencari titik-titikkelemahan pasukan pemberontak. Setelah beberapa minit, tanah lapang di Asgarnian itu mula dibanjiri darah. Akhirnya, semua pemberontakberjaya dibunuh. Kini, hanya beberapa orang tentera peribadi diraja bersertapegawai masih taat setia atau masih hidup untuk melindungi maharaja. Setelah seharian berjalan, tibalah mereka di kerajaan jiran.Penat lelah, ada juga antara yang masih hidup telah rebah, meninggalkan duniayang penuh kesakitan ini. Kerajaan yang mereka pergi ini mesti menerima merekakerana tertakhluk kepada Syarat Persekutuan Perjanjian Antara Kerajaan. Jikatidak, kerajaan-kerajaan lain yang turut terikat dengan perjanjian itu akanmengambil tindakan. Kerajaan ini bernama Dorthonian. Pemerintahnya seorangdiktator yang mempercayai kewujudan satu Tuhan atau Allah. Dipintu gerbang,tertulis satu sepanduk besar berwarna biru, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Dan IsaIalah PesuruhNya’. Pada tahun peristiwa ini, sudah 200 tahun setelah pemergianNabi Isa A.S atau Isa al-Masih. Oleh itu, mereka semakin lupa akan ajarannya.Cubaan demi cubaan merosakkan agama Isa telah dilakukan, akan tetapi banyakyang tidak berjaya. Itulah lumrah dunia, perkara yang lama akan dipadamkanmembina yang lama. Itu sebablah perlunya seseorang yang tinggi agama bagimeneruskan kesucian agama. “Ini, kerajaan ini, merupakan satu titik noktah bagi yang pedih! Satu permulaankepada yang gemilang!!” “Tapi Tuanku….” “Sudah, mari kita pergi ke pos kawalan agar mereka memberi kita kebenaran untukmasuk.” Perdana Menteri Melan masih terpinga-pinga. Tidakmengerti apa yang diucapkan oleh rajanyaitu. Setelah diberi kebenaran, mereka melangkah ke pintu gerbang utama. Alangkah terkejutnya Melan, kelihatanbegitu banyak api. Ibarat disembah. Kedai-kedai perjudian serta minuman arakdijual tanpa rasa segan di setiap jalan menuju ke istana. Gereja-gereja ibaratditinggalkan. “Tuanku, ini…” “Sudah, diam-diam. Beta mahu adinda beta selamat.” Maharaja Asgard bertemu sahabat lamanya, Maharaja Devapetra. “Sahabat lama beta! Sudah lama beta menunggu kehadiran sekalian. Silakan duduk” “Perjalanan sungguh jauh. Tentera-tentera beta, ada yang memberontak. Hanya iniyang masih hidup dan setia dengan beta. Wahai Devapetra, mahukah tuanku berikanbeta perlindungan. Mungkin untuk beberapa tahun ini?” “Sahabat lama, perjanjian kita, apa gunanya perjanjian itu.” “Mulai hari ini, tidak usahlah kita bercakap secara rasmi.Gunalah bahasa biasa kerana kita sama raja.” “Baiklah” Esok malamnya, pesta keramaian antara kerajaan diadakan.Persekutuan Kerajaan Bersatu bersetuju meraikan malam itu sebagai memperingatiIsa, Pesuruh Tuhan. Jauh di Istana, sepasang remaja belasan tahun sedang bergelak ketawa. “Sayang, sekiranya kerajaan ini ditawan, dan andai kata kita mati, adakah kitamati dengan mempercayai Isa Pesuruh Tuhan?” “Aku tidak kisah, dengan siapa aku percaya, asalkan kamu masih disisi.” Merekaberpelukan. Mereka telah melepasi garisan agama, tanpa mengetahui 'mata' dilangit yang tidak pernah melupakan gerak geri mereka. Beberapa batu di tempatmereka berpelukan, keluarga-keluarga diRaja kerajaan Dorthonian meraikan pestatersebut. Disatu sudut kenamaan; “Lagu ini, sungguh merdu. Siapakah yang menyanyikan lagu ini wahai Devapetra?”Tanya Asgard sambil terkebil-kebil melihat gelekan gadis-gadis, mungkin belasantahun, menari dihadapan pemerintahnya. “Gundik aku, kerajaan ini sungguh makmur." Jawab Devapetra angkuhnya. "Aku akan membeli gundik, perempuansungguh murah. Mereka tidak mempunyai maruah. Aku akan memberi hadiah, danmereka akan mengikutiku. Katakan sajalah pemberian itu ikhlas. Walhal, akumempunyai agenda yang tersembunyi” Sambungnya lagi sambil merentakkanjarinya diatas meja mengikut intonasi muzik. Maharaja Asgard tercengang. Begitu murah harga wanita disisi Devapetra ini. “Aku mahu pergi membuat urusan peribadi dengan tandas, izinkan aku ya wahaisahabat” “Hahaha, baiklah. Sudah tentu, pergilah, pergilah” Devapetra tersenyum melihat persembahan demi persembahan tanpa menghirauAsgard. Didalam satu bilik tersorok dibawah tanah. Satu meja bulat diadakan. “Inilah tempat perjumpaan kita. Kita gelarkan diri kita, Pahlawan Mulia! Kitapercaya akan satu Tuhan serta Isa ialah pesuruhNya. Sesiapa yang masih mahu membangkangakan dibunuh serta merta!” “Daulat Tuanku, Tuanku Maha Agong dan Bijaksana!” sambil mereka meletakkan tangankiri ke dada dan mengangkat tangan, lambang kerajaan Asgarnia. “Tuanku, bagaimana tuanku boleh menjumpai bilik ini?” “Huh! Itu kamu tidak perlu tahu. Marilah kita menikmati pesta diluar, tidakboleh lama, nanti orang syak!” “Junjung kasih Tuanku!!” Jawab anggota-anggota Pahlawan Mulia serentak. *** BAB 2: Konspirasi Bermula Dalam Istana, Maharaja Devapetra, pegawai-pegawai tinggi serta penasihatnya sedang menunggu utusan-utusan daripada negara lain seperti yang dilakukan kebiasaannya pada hari Sabtu. "Junjung kasih tuanku, utusan daripada Paulus. Adakah dia mendapat kebenaran untuk masuk menghadap?" "Benarkan dia menghadap. Beta mahu bertanya mengenai perkembangan ajaran Paul di Rome" "Junjung perintah" "Kemasukkan utusan Paulus daripada Rome!" Jerit pengawal dipintu gerbang hadapan. "Tuanku yang mulia, patik sebagai utusan Paul datang menghadap." "Sebelum beta menanyakan soalan beta, ceritakan, apa tujuan kamu ke mari?" Utusan Paul membuka skroll kecil dan dibaca secara lantang dan jelas. ""Salam dari Paul, seorang rasul kepada injil kristian, pengantara anak Tuhan. Saya sentiasa berterima kasih kepada Tuhan kerana kamu sangat mempercayai Isa dan ajarannya, Tuanku telah diberi kekayaan dan limpah kurniaNYa, dalam ucapan dan pengetahuan semua, supaya Tuanku tidak ketinggalan daripada mendapat hadiah; menantikan pengesahan Tuhan Isa; Dia jugalah yang akan menyelamatkan Tuanku kelak. Tuhan adalah setia, dalam bentuk anaknya, Isa al-Masih. Dia menjaga kita, Tuhan kita. Sekarang saya seru Tuanku dengan nama Isa Maha Agong, capailah persepakatan dalam semua bidang, janganlah ada permusuhan antara kita, Tuanku dan saya akan disempurnakan kelak. Sekarang saya maksudkan ini, bahawa Tuanku dan pegawai setiap daripada anda berkata "Saya mengikuti Paul," "Saya mengikuti Apollos", "Saya mengkuti Cephas" dan, "Saya mengkuti Kristian". Adakah Krisitan terbahagi? Adakah saya disalib demi Tuanku? Atau Tuanku akan dibabtiskan dengan nama saya. Saksikanlah kuasa kami! Kuatlah dengan Iman! Lakukanlah semuanya demi cinta. Saya memohon agar Tuanku dapat mengikuti kami, mengikut jejak langkah kami, agar Tuanku tidak akan disumpah kelak."" Mereka dalam dewan itu, semuanya tiba-tiba menjadi bising. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Akhirnya raja berbicara. "Beta dengan ini, mengarahkan supaya utusan Paul tunggu selama satu hari di Istana beta ini, sementara beta berbincang hal ini dengan pegawai-pegawai serta penasihat Beta. Dewan bersurai!" Setelah disuraikan, semua pegawai-pegawai serta penasihat mengerumuni maharaja mereka. Tidak lupa juga, Asgard dan Perdana Menterinya, Melan. Asgard berdiri diatas kerusi kecil, serta membuat pengumuman. "Wahai sahabatku sekalian, janganlah terpengaruh dengan hasutan mereka. Mereka cuma satu lagi cubaan untuk menyesatkan kita daripada agama yang sebenar. Ikutlah Isa, patuhilah Isa, sembahlah Tuhan yang satu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dengarlah ini, tidakkah Isa selalu mengigati kita akan sentiasalah berwaspada terhadap kuasa-kuasa dilangit dan dineraka? Itulah dilangit, jin, syaitan. Hasutan dineraka pula ialah manusia dan nafsu. Fikirlah wahai sekalian pengikut Isa" Devapetra bingung. Timbul rasa kemarahannya kerana tetamu berani bersuara. Sekumpulan kecil suara-suara menyokong Asgard sekumpulan besar menyokong Devapetra. Antara yang menyokong Asgard termasuklah Ketua Tentera Negara Dorthonians yang berkuasa mutlak terhadap 200 ribu tentera. Amzad bangun bersebalahan Asgard, "Aku menyokong tetamu kita ini. Asgard! Kamu mendapat sokongan penuhku!" Dewan kembali riuh. "Beta sudah sedar. Negara kita mula mengalami masalah, mula jahil, dan mula melupakan ajaran agama Isa. Beta mahu menolak ajakkan Paul, tetapi pengaruh Paul sungguh kuat. Bolehkah kita menghadapinya kelak? Perikatan kita, adakah mereka bersama kita?" Dewan sebulat suara menyokong titah raja itu. Hanya sebahagian kecil yang menolak. "Dengan ini, beta arahkan utusan Paul dipancung!" Penasihat diraja mula bersuara. "Patik mempunyai cadangan, kita aturkan beberapa orang utusan serta pengawal untuk mengiringi supaya pergi ke setiap anggota perikatan kita" "Beta bersetuju." Sepuluh pengawal peribadi diraja menyampaikan titah perintah itu ke ketua turus angkatan perang. Dalam titah perintah itu termasuklah juga persediaan menghadapi peperangan yang mungkin tercetus. Utusan Paul menjerit mereka akan dihukum setimpal. Pegawai serta maharaja tidak mengendahkannya. Ada yang risau, ada yang tidak. *** Malam itu, Devapetra mahu pergi bersemayam. Tetapi, baginda terlihat seorang perempuan yang sungguh menarik susuk tubuh badannya dalam perjalanan untuk ke ruang bersemayam. Kerana asyik leka, Permaisuri Hasnia keluar membuka pintu tanpa disedari Devapetra. Mereka berdua terkejut. "Maharaja Devapetra?" "Ampunkan beta, minda beta dikawal sepenuhnya oleh nafsu yang sudah terbiasa. Beta mahu memohon ampun kepada permaisuri yang mulia" "Adakah engkau sudah melihat tubuhku?" Jawab permaisuri Hasnia lantang. "Tidak, tidak. Sungguh." "Aku tidak tahu dan aku tidak kisah, tetapi, janganlah sampai hal ini deketahui oleh Kekanda beta. Sesungguhnya baginda akan sangat murka." "Ah, mahu takut sama apa? Dia tidak mempunyai askar dan kekuatan. Beta ada segalanya" "Baginda mempunyai akal yang pintar wahai Maharaja Devapetra" Bunyi cengkerik kedengaran... *** Pagi esoknya diperkarangan istana, Maharaja Devapetra secara bersendirian telah menemui Melan. Secara berhadapan, Devapetra bertanya dengan nada yang lembut. "Melan, kamu harus tolong beta. Pergi ke negara perikatan untuk memujuk pemerintah perikatan. Beta akan hantar seratus tentera bersama kamu, kalau-kalau ada apa-apa yang mungkin berlaku." "Tetapi, hanya Maharaja patik yang boleh memberikan arahan kepada patik. Kalau patik bersetuju arahan tuanku, patik tidak lagi diikiktiraf sebaga perdana menteri Asgard." "Usah risau, beta akan uruskan bersama raja kamu" "Baiklah, patik akan bertolak malam ini. Perjalanan itu mungkin jauh, patik akan membawa bekalan makanan serta minuman untuk patik serta para pengiring patik" "Permintaan ditunaikan" Beberapa minit selepas itu, Melan mencari rajanya tetapi dijumpa. Istana itu sungguh luas. Istana itu sendiri terbahagi kepada beberapa istana kecil. Perkarangan istana utamanya sahaja sudah boleh memuatkan kesulurahan tentera untuk bersiap pergi berperang. Di satu titian yang agak kecil di sebalik bilik-bilik usang belakang istana. Merupakan jalan untuk ke bahagian pembuat makanan. Melan menjumpai rajanya sedang beramah mesra dengan tukang masak di situ. Melan menyembah rajanya seraya berkata "Ampunkan patik tuanku, patik mendapat arahan untuk melakukan satu misi atas nama raja negara ini. Adakah patik diberi kebenaran?" "Ya" sambil meluru datang kearah Melan lalu membangunkannya, Mmaharaja Asgard membisik. "Kamu buatlah apa sahaja seperti yang disuruh. Tetapi ingatlah, jangan terpedaya dengan kata-kata manis Devapetra. Dia tidak lain tidak bukan ibarat syaitan bertopengkan manusIa!" "Junjung kasih tuanku!" *** BAB 3: PERCUBAAN DIPLOMASI Dengan itu, maka, mereka berkumpul di satu tanah lapang. Terdapat pelbagai andaian mengenai pengembaraan si jejaka tegap itu. Pemikiran mereka berinteraksi dengan satu gelombang yang sangat unik. Ada yang menganggap, percubaan ini hanyalah satu kegagalan, ada pula yang menganggap, ia adalah satu yang sia-sia. Ada juga yang menganggap, jejaka itu akan mati dibunuh. Begitulah spekulasi-spekulasi orang ramai ketika itu. Tetapi bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan Dorinthians. Mereka hanya mengharapkan satu diplomasi yang berjaya kerana jika tidak, negara mereka tidak lain tidak bukan hanyalah satu negara kecil yang dikelilingi oleh negara-negara gergasi. Berangkatlah, Melan serta 10 orang pengawal yang mengiringinya. Sewaktu dalam perjalanan, bisikan-bisikan halus mula memecah kesunyian. "Adakah mereka akan memancung kepala kita?" "Adakah mereka akan menganggap kita ini musuh?" "Adakah mereka ...." ini dan itu. Tiada manusia yang pernah puas atau tenang. Mereka akan memilih untuk berfikir secara negatif dahulu, setelah itu. Barulah pemikiran positif boleh diambil kira. Tiba-tiba, Melan menyampuk, "Sudah, kita hampir sampai. Jaga adab dan telatah, fikir secara positif" Kelihatan menara peninjau dari jauh. Menara itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 meter tinggi, cukup untuk memerhati mereka yang sedang menunggang kuda di tanah lapang yang subur, penuh dengan tumbuhan menghijau itu. Mereka melepasi menara peninjau itu. Melan mendongak ke langit, dia melihat seekor burung berwarna putih, tidak dapat dikenal pasti apakah burung itu tetapi burung itu mempunyai suatu kertas putih di paruhnya. Beberapa minit selepas itu, diligasi itu dikejutkan dengan kubu kota yang sungguh tinggi. Setiap 50 meter mempunyai menara kawalan. Pintu gerbangnya sangat tebal dan besar. Sekumpulan askar bersenjata menutupi sepenuhnya pintu gerbang tersebut. "Ketibaan Panglima Terutama" Seekor kuda yang cukup bersih, berkilau dengan warna-warna keemasan dapat dilihat. "Siapakah kamu semua? Apakah gerangan kamu disini?" Tanya panglima itu garang. Suaranya tiada menunjukkan kelembutan walau seinci. "Kami.." "Oh, jadi kamu, Panglima daripada kerajaan Asgard yang sudah jatuh! Tewas! Kamu tidak layak berada disini, walau apapun tujuan kamu. Tangkap mereka semua!" Mereka seolah-olah diancam pengganas, tetapi ianya merupakan satu diplomasi untuk menyatakan hasrat maharaja kerajaan Dorinthians supaya menolong baginda untuk menubuhkan satu perikatan baru bagi membanteras agama Paul. Mereka dikelilingi oleh berpuluh tentera berkuda yang bersenjata. Mereka dihadapkan ke Istana. "Tuanku, mereka merupakan satu diligasi asing yang tidak patut wujud dinegara ini. Kerana mereka adalah orang yang tewas. Kita tidak boleh menolong kerajaan yang tewas, apa pula kata persepakatan kita yang lain. " Maharaja kerajaan itu lengkap berbaju yang dihiasi dengan ratusan berlian. "Oh! Kerajaan Asgard? Kerajaan itu, sudah hancur! Beta tidak mengenali kerajaan itu" "Bukan begitu" sampuk Melan. "Cis!" Maharaja Julio memberi isyarat supaya membiarkan. "Kami merupakan diligasi daripada Kerajaan Dorinthians untuk meminta pendapat tuanku mengenai agama Paul" Julio terpaku. Tidak tahu apa-apa. Dengan segera, baginda bertanya penasihat diraja. "Siapakah Paul? Apakah agamanya?" "Paul. Dia menyembah apa yang disembah Isa, tetapi dia mempunyai pendapat tersendiri mengenai Isa" ***

cerpen : Pari-pari itu bukan khayalan.

Suis komputer dihidupkan.Setelah 5 minit ditunggu,paparan sistem operasi windows xp dipapar.Skrin hitam dan sebuah bar hijau yang bosan bergerak berulang kali.2 minit tambahan untuk menunggu bar tersebut memasuki mod ruang kerja sistem operasi komputer tahun 2001 itu.Raduan membetulkan cermin matanya dan mengelap skrin komputer crt yang lama itu.Jejarinya laju mengawal tetikus menekan ikon pelayar web.Dia menekan tetikus lagi di kotak carian pelayar tersebut dan menaip Kelajuan internet 354 kbps itu membuat kan dia terpaksa menunggu seketika untuk masuk ke laman forum tersebut.Setelah daftar masuk,seperti biasa dia akan membuka ruangan ' teruna suci kesunyian ' dan melihat chatbar serta melihat mesej di dalam akaunnya.Tapi hampa,tiada kiriman balas daripada gadis yang pernah dihantar mesej sebelum ini.Raduan terasa hampa sekejap.Puas sudah dia berusaha mencari jodoh secara online tetapi tidak berhasil.Hendak mencuba di luar dia tidak yakin akan dirinya sendiri.Dengan wajah yang tidak kacak,pendek serta tidak pandai berfesyen dan rupa yang penuh jerawat dan mengerutu,masakan ada gadis yang tertarik akan dirinya.Lebih-lebih lagi gadis yang reti memasak. Dia melihat kalendar yang tergantung di dinding berdekatan meja.Diselaknya ke halaman belakang.Ogos 2011."Ah,sudah dekat." Raduan memikirkan hari jadinya pada 32 Ogos tahun itu.Genap 27 tahun jika tiba hari jadinya yang akan datang.Dia mengelamun seketika memikirkan rakan-rakan karibnya.Ramai yang sudah berkahwin.Darby Mahrom,sudah ada seorang anak,Rafael Nudal berkahwin dengan janda anak lima dan Rasid Himi pula baru saja melangsungkan perkahwinan pada Jun lepas.Isterinya jauh panggang daripada api.Bagai raksasa dalam fiksyen ultraman dan seorang puteri.Raduan mengeluh lagi.Tiba-tiba, " BUZZZ!! ".( Ada bunyi yang menandakan seseorang ingin bersembang ) "Assalamualaikum." ( Siti Pari ) "Waalaikumsalam " ( Raduan Hensem ) ...................................................................................................................................................... Siti Pari : Kenapa nama awak macam tu? Raduan hensem : Kenapa? Siti Pari : Hihi.Awak memang hensem ke? (^^) <--- ikon senyum Raduan hensem : Nama saya je.Saya tak sehensem mana.Bawah sikit daripada Bradd Pitt.Erm, nama betul ke awak guna? Siti Pari : Ya.Itu memang nama saya.Siti Pari binti Paria.Awak daripada mana ? Umur? Raduan hensem : Saya daripada pahang.Umur 27 tahun ni. Siti Pari : Ya ke? sama la kita. Sejak daripada itu,setiap hari mereka bersembang di laman forum itu.Biasanya waktu sekitar enam petang selepas Raduan pulang daripada kerja.Raduan merasakan gadis tersebut amat selesa bersembang dengannya.Segala apa diceritakan pada gadis tersebut.Tiada hipokrit.Mereka semakin mesra daripada hari ke hari.Seakan kenal lebih daripada dunia maya.Teringin Raduan melihat wajahnya tetapi tidak disetujui Siti Pari.Dia belum cukup bersedia untuk memaparkan gambarnya.Kecewa Raduan kerana gambar avatarnya hanya sekadar gambar obama tidak berbaju. Setelah hampir 3 bulan mereka berkenalan di alam maya tersebut,Siti Pari mengajak Raduan untuk berjumpa.Pada mulanya Raduan menolak kerana dia memang seorang yang amat pemalu.Terutama bila berhadapan dengan perempuan.Memang mulutnya terkunci.Tetapi apabila difikirkan balik tahap kegersangan melampau yang ada pada dirinya.Dia nekad untuk bertemu gadis tersebut. Maka perjumpaan mereka dirancang pada hari rabu petang,di sebuah taman tasik yang terletak tidak jauh daripada rumah sewa Raduan.Raduan menunggu di sebuah bangku kosong berhadapan dengan tasik.Budak kecil yang berlari dan berbasikal di hadapannya membuat Raduan tergelak seketika dan lupa yang sudah hampir 15 minit dia menunggu Siti Pari yang masih lagi tidak hadir.Dia kembali melihat jam dan membetulkan baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar slack.Siti Pari pernah memberitahu pada Raduan yang dia tidak kisah bagaimana penampilan Raduan membuatkan Raduan bertambah bersemangat untuk menjalin hubungan serius dengan Siti Pari. "Assalamualaikum." Raduan tersentak seketika mendengar suara yang memberi salam padanya.Dia menoleh ke belakang.Seorang gadis manis bertudung ungu menegurnya.Raduan bangun dan agak mengelabah sedikit. "Awak Raduan kan? Yang dalam forum tu?" "Wa'alakumsalam.Er..ya...ya...ssssaya".Dia menunduk apabila bertentang mata dengan gadis tersebut.Kemudian Siti Pari tergelak kecil.Muka Raduan kelihatan merah.Dia membetulkan cermin matanya. Sudah hampir dua bulan Raduan bertemu dengan Siti Pari.Daripada hari pertama dia bercakap dengan gadis tersebut dia merasakan bagai ada perubahan kecil pada dirinya.Keyakinan dirinya bertambah.Dia juga sudah pandai bergurau.Sebelum ini hidupnya hanya habis di internet,di forum.Tidak pernah dia berdepan dengan perempuan di luar alam maya.Hari itu Siti Pari mengajaknya keluar.Hendak berjalan di pantai katanya. Petang itu Siti Pari kelihatan tidak sihat.Mukanya kelihatan sangat lesu.Raduan semakin risau akan keadaan Siti Pari kebelakangan ini kerana dia selalu menyebut perkataan ' hendak balik ' tetapi tidak pasti kenapa kerana dia tidak mahu bercerita.Tapi hari itu Siti Pari membongkarkan rahsia.Rahsia yang mungkin membuat Raduan terkejut. "Awak,Saya minta maaf tak beritahu awak sebelum ini.Saya dah lama simpan rahsia ni dan saya rasa kalau saya beritahu terlalu awal,awak mungkin tak dapat terima diri saya yang sebenar." Sambil kakinya menguis-nguis pasir sepanjang mereka berjalan di pantai tersebut. Raduan tidak bersuara.Dia seakan menunggu Siti Pari meluahkan perasaannya. "Saya sebenarnya bukan manusia.Saya telah disumpah menjadi manusia dan saya juga telah hidup lebih lama daripada awak Raduan.Saya amat berterimakasih kita ditemukan.Tapi apakan daya,kita bukan secocok.Awak mungkin manusia yang paling baik yang saya pernah jumpa" "Apa maksud awak?" Raduan tergamam dan keliru dengan kata-kata Siti Pari. "Sudah sampai masa.Maafkan saya awak,kita mungkin tak akan berjumpa lagi." Siti Pari melihat ke arah langit senja,dan melompat ke arah ombak besar yang menuju ke arah mereka. "Siti!!" Jerit Raduan apabila Siti Pari melompat ke arah ombak tersebut.Raduan masih lagi bingung kerana Siti Pari pernah memberitahu yang dia tidak pandai kuak lentang. Setelah ombak tersebut menghempas pantai.Siti Pari hilang daripada pandangan Raduan.Tiba-tiba kelihatan seekor ikan pari gergasi bertudung ungu berenang ke arah laut.Baru Raduan mengerti mengapa Siti Pari berkelakuan sebegitu.Siti Pari sebenarnya hanya ikan pari jadian dan bukan seorang manusia seperti yang Raduan fikirkan.Dia terduduk memandang ke arah laut.Tidak disangka pertemuan dia dan Siti Pari berakhir seaneh itu. Setahun setelah kejadian itu,Raduan sudah berubah.Dia sudah tidak lagi berforum dan lebih berani berdepan dengan semua orang.Penampilannya juga sudah banyak berubah.Mungkin ada hikmah dia bertemu ikan pari jadian itu sebelum ini.Tapi yang malangnya ,Raduan amat fobia dengan ikan pari.Sama ada masak asam pedas atau ikan pari bakar.

Thursday, April 29, 2010

CERITA PENDEK: Dukun, pensyarah, isteri dan dot dot dot

Post Last Edit by LLM at 22-4-2010 17:34

Dukun Jamilah bersila di teratak buruknya pada suatu malam yang sunyi. Peralatan kemenyan, keris pusaka, ayam panggang, handphone jenama Nokia E-71, bertih jagung, lada hitam, komputer bimbit Toshiba Satellite tersusun di hadapan matanya..

Jamilah, dukun muda berusia 30 tahun, gadis jelita darah campuran, membaca jampi serapah dari Kitab Tajul Muluk. Matanya merah menyala umpama syaitan iblis. Mulutnya berbuih, terkumat-kamit tidak berhenti-henti. Dia mengambil gambar seorang lelaki, Tun Dr Ali Bakar, tokoh korporat berperut buncit, berkumis tebal dan berkepala botak, dan mengasapkannya..

'Lelaki keparat. Lepas aku bagi kau muntah, Aku ghaibkan batang zakar dan skrotum kau pulak' ujar bekas siswi yang terkandas dari fakulti biosains Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Kota Samarahan.

Sementara itu di banglo mewah di tengah ibu kota, Tun Dr Ali Bakar, termuntah-muntah di katil perbaringannya. Isterinya, Toh Puan Nora, kecemasan umpama ibu kucing tertelan serbuk pemutih Clorox. Ali Bakar muntah najis. Aneh. Ketulan najis keluar dari lubang mulutnya. Sungguh di luar tabii. Ilmu hitam legam tapi bukan menawan pasti terbabit.

Professor Madya Damak, pensyarah muda fakulti perundangan Universiti Nottingham KL, yang arif sedikit tentang hal-hal mistik, tergamam melihat keadaan Ali Bakar. 'Puan Nora tahu siapa yang berhati busuk kat suami Puan?'

Puan Nora menangis teresak-esak sambil mengunyah kerepek kentang jenama Pringles perisa kerim masam dan bawang 'Prof, ramai yang tak suka kat suami saya. Saya akui dia banyak buat salah kat orang. Dia merogol anak dara tukang kebunnya sendiri, merampas tanah arwah adiknya, merobohkan penempatan orang Asli untuk projek perumahan, bagi duit kopi kat polis supaya diorang tutup sebelah mata. Memang ramai orang mahu melihatnya merana'

Kepala Damak berpinar-pinar umpama selepas terminum wiski jenama Chivas Regal mendengar pengakuan ikhlas Puan Nora. 'Parah, parah silap silap dia boleh poorah terus ke alam barzakh' getus hati kecil Damak.

'Siapa nama anak tukang kebun Puan Nora? Pada firasat saya, mungkin dia ada kaitan dengan malapetaka yang menimpa Dr Ali Bakar.'

'Jamilah Especkerman. Saya dengar berita angin yang dia menjadi tidak tentu hala selepas kejadian rogol itu. Kali terakhir saya dengar dia duduk menyendiri di kaki Gunung Tahan. Saya ada alamatnya kalau Prof nak'

Professor Damak terdiam..kepalanya ligat berpusing, umpama kipas helikopter Nuri yang hendak terhempas, memikirkan penyelesaian. Jamilah Especkerman..satu nama yang dia tidak mungkin lupa..Rakan msn dan facebooknya dulu

Selang dua hari, Damak sampai di teratak buruk Jamilah. Jamilah yang masih duduk bersila di hadapan perkakasan tergamam seketika melihat kehadiran Damak.

'So Professor, what brings you to my humble abode?' dengan nada yang sinis dia menyapa Damak.

'I know you did something to Dr Ali Bakar. I don't pretend that I sympathise with him after what he did to so many people..But don't you think it's wrong for you to use the occult to punish him?' gesa Damak.

'Go to the corrupt cops that he has under his pockets? Come on Damak, this is Malaysia. We even have a murderer running our country. And no one does or can do anything.. I think you have lived overseas for too long until you have forgotten what it's like over here! People of power, like that raping pig Ali Bakar, can get away with almost anything. What else can I do? Tell me..TELL ME' dengan perasaan marah bercampur hiba Jamilah meraung.

'I tell you what. Just stop what you're doing and we'll figure something out, ok? Why don't you move in with my mother, ok?' pujuk Damak.

Jamilah mengesat air matanya dan mengangguk tanda bersetuju. Damak kemudian membawanya keluar dari teratak buruk itu.
Sebelum beredar, Jamilah memusnahkan segala perkakasan kemenyannya kecuali handphone Nokia dan komputer bimbit Toshiba. Mahal. Sayang nak musnahkan..

Selang seminggu kemudian, Dr Ali Bakar pulih kembali. Tetapi ekoran dari kejadian itu dia bercerai dengan Puan Nora. Dan dia masih lagi melakukan perbuatannya yang penuh rakus dan zalim itu. Dan berlarutan hingga ke hari ini. Inilah realiti dunia kejam yang sekejam Slobodan Milosevic.

EPILOG:

Jamilah dan Damak bersama-sama pergi menyambung pelajaran di luar negara.

Tun Dr Ali Bakar dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Puan Nora hidup di sebuah kondo mewah di Paris, bersama 5 ekor kucing Siam.

Orang Asli yang hilang penempatan masih merempat

Seorang polis yang makan rasuah Dr Ali Bakar dinaikkan pangkat kepada timbalan ketua polis negeri.

TELADAN: Di manakah keadilan?

TAMAT

Saturday, October 27, 2007

Cerpen: Laila Majnun


Cerpen: Laila Majnun


#1
Big Middle Small
Use
Post at 20-8-2006 01:46 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
Cerpen: Laila Majnun

Ni dari koleksi cerpen yang saya ader:
Copyrigt from type_rex.

===========================

“Astagfirullah hal azim!” Mak Munah mengurut dadanya beberapa kali. “Apalah nak jadi dengan kau ni Laila! Turun cepat! Mak kata turun, turun sekarang!” Mak Munah menjerit lagi. Hampir-hampir penyakit lemah jantungnya menyerang kembali tatkala melihat Laila yang terkial-kial memanjat pokok jambu air.

Laila sekadar tersengeh. Jambu air yang masak ranum itu dikendung di dalam bajunya. “Laila bukannya budak-budak lagi yang boleh panjat pokok sana sini. Laila dah 23 tahun. Dah boleh jadi isteri orang! Apa kata jiran-jiran kalau mereka nampak Laila bergayut-gayut memanjat pokok macam ni” Syarahan Mak Munah mula kedengaran tatkala Laila menjejakkan kakinya ke tanah.

“Laaaaaa… Mak ni, apa salahnya Laila panjat pokok tu. Habis tu siapa lagi yang nak panjat pokok ni? Tak kanlah Laila nak suruh mak pulak…” Berderai tawa dihujung bibirnya. Mak Munan mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Tak makan saman!” Gerutu hati tuanya.

Inilah masalahnya kalau mempunyai seorang sahaja anak perempuan. Habis semua perangainya mengikut seperti abang-abangnya. Lasaknya mengalahkan orang lelaki. Mujur juga dia seorang yang suka berambut panjang, masih kelihatan jugalah gaya seorang perempuan dalam dirinya. Mak Munah mengeluh sendirin tatkala memikirkannya.

“Apa? Jadi driver? Dah tak ada kerja lain lagi ke kat Malaysia ni? “ Jeritan Mak Munah kedengaran lagi. Aduh! Semput dia dibuatnya. “Apahalnya ni? Dari tadi asyik bising-bising” Lebai Samat yang baru selesai menunaikan solat Zohor, tiba-tiba bersuara.

“Awak tengoklah perangai anak dara awak yang sorang ni. Pening saya di buatnya. Sekarang dah kerja driver lori pulak dah!” Bebelan Mak Munah makin membingitkan telinga. “Bukan driver lori lah mak! Driver kereta untuk seorang Dato’ kat KL. Mak ni, pandai-pandai je tambah cerita” Laila cepat-cepat menyampuk. Bimbang kalau ayahnya juga naik angin. Kalau mereka berdua sama-sama berduet memarahinya, mahunya pecah gegendang telinganya.

“Driver Dato’ ke, driver lori ke, apa pun mak tak setuju. Lebih baik berhenti saja kerja, duduk dengan mak kat kampung” Mak Munah masih belum berpuas hati. Sakit di hatinya makin bertambah-tambah bila melihat suaminya yang langsung tidak menunjuk sebarang reaksi. “Biarkan lah dia. Kerja tu tetap halal. Yang awak asyik marah-marah ni kenapanya?” Seyuman lebar terukir di bibirnya tatkala mendengar kata-kata ayah yang seolah-olah menyokong tindakannya.

“Masalahnya, anak awak ni anak dara. Tak elok anak dara macam si Laila ni kerja jadi driver. Lepas tu bawa orang lelaki pulak. Bukan ke tak manis kalau orang nampak. Nanti kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Esok jangan nak bising-bising dengan saya bila anak dara awak ni jadi apa-apa” Macam bertih jagung tutur kata yang keluar dari bibir Mak Munah.

Lebai Samat sekadar mendiamkan dirinya. Faham benar dia dengan perangai isterinya, jangan di jawab marahnya, nanti makin menjadi-jadi pula leterannya.

"Mak jangan cerita kat mafia-mafia tu ye..." Liuk lentok Laila bersuara cuba mengambil hati ibunya. "Mafia-mafia? Mafia mana pulak ni? " Mak Munah mengerutkan keningnya. Hairan! "Alah mak ni buat tak faham pulak! Mak janganlah cerita pasal ni kat abang-abang Laila tu ye..." Mak Munah yang baru seteguk meneguk air kopi, tersedak. Habis tersembur semuanya. Mujurlah dia sempat mengelak. "Budak sorang ni, macam-macam gelaran yang kau bagi kat abang-abang kau ye!" Ujar Mak Munah tersekat-sekat menahan rasa perit di tekaknya.

Bunyi deringan telefon bimbitnya sekadar di pandang sepi. Sengaja dia tidak mahu menjawab. Malah sms yang diterimanya juga, tidak dibacanya. Pasti dari abang-abangnya yang empat orang tu. "Mak ni memang tak boleh nak simpan rahsia langsung!" Gerutunya geram. Puaslah pula dia hendak menjawab dengan mereka semua.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laila merenung nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya. Bukan nombor telefon abangnya. "Hello!" Laila cepat-cepat menjawab. "Hah! Baru sekarang nak jawab? Dah banyak kali abang long call, sekarang baru nak jawab?" Laila menepuk dahinya beberapa kali tatkala mendengar suara keras Ilham di hujung talian. "Alamak! Kantoi!" Dahinya ditepuk lagi. "Bukannya tak nak angkat abang long, tapi tadi Laila dalam toilet. Tengah menunaikan hajat, tak kan masa tu Laila nak jawab pulak" Hanya itu alasan yang dia dapat berikan. Lantaklah! Boleh terima atau tidak alasan itu, dia tidak mahu ambil peduli. Yang penting jangan dia dimarahi.

"Ye lah tu! Banyaklah Laila punya alasan ye! Hah, sekarang ceritakan dengan abang long apa yang dah berlaku?" berkerut-kerut dahinya mendengar soalan Ilham. "Apa pulak yang dah berlaku?" Dia kembali menyoal. "Malam tadi mak call abang long sampai menangis-nangis cerita pasal Laila. Kenapa dengan Laila ni? Kan masih banyak lagi kerja lain yang Laila boleh cari" Mendatar suara Ilham kedengaran di cuping telinganya.

"Ish mak ni, pandai je dia menagih simpati mafia-mafia tu!" Gerutunya geram. Bibirnya digigit beberapa kali. "Errr...abang long, Laila tengah kerja ni. Nanti Laila call balik ye!" Talian telefonnya segera dimatikan. Tidak mahu dia bercerita panjang-panjang. Keputusannya sudah muktamad!

"Jauh menung tu!" Laila tersentak. Kelibat Dato' Fuad yang tiba-tiba berdiri di depannya agak memeranjatkan. Laila kelam kabut berdiri memberi tunduk hormat ke arah Dato' Fuad. "Maafkan saya Dato'. Saya tak perasan Dato' datang tadi" Laila serba salah. Dato' Fuad sekadar ketawa kecil.

"Kemana kita nak pergi ni Dato' ?" Laila sedikit hairan. Kebiasaannya sebelum Dato' Fuad memasuki kereta, pasti arahannya akan dikeluarkan dahulu mengarah Laila ke sesuatu tempat. Kali ini tidak pulak!

"Balik!" Pendek sahaja jawapan yang diberikannya. Laila mengerutkan keningnya beberapa kali. "Apa kena dengan Dato' ni? Sakit ke?" Hatinya berbisik perlahan. Selalunya, selagi jam belum menjengah ke pukul 8 malam dia pasti masih termanggu-manggu di sisi kereta Honda Accord ini, menanti Dato' Fuad yang leka dengan kerja-kerjanya. Tetapi kali ini tidak pula. Baru pukul 12 tengah hari, dah nak balik?

"Awal Dato' balik hari ni? Dato' sakit ke? " Soal Laila. Sudah menjadi perangainya sejak dulu. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia akan mendapatkan jawapannya. Dato' Fuad menguntum senyum. Lembut! Gadis berambut ikal dan sentiasa bertocang ini, di renung dengan senyuman yang masih terukit di bibir.

Sebenarnya, dia sendiri agak janggal mempunyai seorang driver yang bukan lelaki. Kekok juga
dia dibuatnya pertama kali menaiki kereta yang dipandu oleh Laila. Namun ternyata gadis lincah
dan lasak ini memang mahir dengan kerjanya. Sikapnya yang peramah dan lucu, ternyata begitu
menyenangkan. Dan apa yang pasti kehadiran Laila sekurang-kurangnya dapat menghilangkan
rasa rindunya terhadap arwah Fazuana, anak gadisnya yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya 6 tahun yang lalu. Kalau dia masih hidup, rasanya tentu dia juga sebaya Laila.

"Dato;…Dato'…Dengar tak apa yang saya tanya tadi?" Laila menyoal lagi. Pelik dia bila Dato' Fuad
hanya mendiamkan dirinya. "Oh, maafkan saya. Saya sihat Cuma hari ni perlu pulang awal. Ada
sedikit majlis yang akan di adakan di rumah saya malam ni. Laila pun jemput datang sekali malam
ni" Ujar Dato' Fuad panjang lebar. Laila menoleh ke belakang memandang Dato' Fuad. "Majlis?
Majlis apa pulak Dato' ?" Dato' Fuad tersengeh melihat reaksi Laila. Gadis ini memang tidak
pernah kenal erti mengalah.

"Anak saya Fiqri yang menetap di London akan balik hari ni. Hampir 10 tahun dia di sana. Akhirnya
pulang juga dia. Err….Lepas Laila hantar saya nanti Laila terus ke airport jemput Fiqri. Flight dia
pukul 1.30 petang" Laila mengetap bibirnya beberapa kali mendengar kata-kata Dato' Fuad.

"Tapi saya tak kenal dengan anak Dato' tu. Kalau Dato' tak ikut sekali, macam mana saya nak
kenal dia?" Dia sedikit kurang senang mendengar arahan Dato' Fuad sebentar tadi.
"Pasal tu Laila jangan risau. Saya dah buatkan sepanduk nama Fiqri. Nanti Laila Cuma perlu angkat
sepanduk tu tinggi-tinggi. Tahulah si Fiqri tu nak mencarinya nanti" Wajah Laila mula berkerut-
kerut. "Adoilah! Tak kan nak kena pegang sepanduk kot? Nanti orang ingat aku tengah mogok
pulak! Ish…Hampeh betul orang tua ni. Nasib baiklah kau tu boss aku, kalau tidak dah lama dah.."
Gerutunya di dalam hati. Geram!

Kereta Honda Accord berwarna hitam berkilat itu membelok memasuki ke perkarangan banglo
dua tingakat yang tersergam indah di puncak bukit. Dari jauh sudah kelihatan tubuh gempal
Datin Maimon di halaman banglo. Laila sedikit cuak bila senyuman yang dihulurkan tidak
diendahkan oleh Datin Maimon, malah mukanya semakin masam mencuka. Masa dia mula-mula
bekerja dulu, Datin Maimon lah yang beria-ria membantah. Macam-macam kata yang dihemburkan.
Tapi mujurlah Dato' Fuad seorang yang baik hati, langsung tidak diendahkan kerenah isterinya

==========
Laila sedikit resah. Orang ramai dan bunyi hinggar binggar di balai ketibaan agak menyesakkannya. Sepanduk yang diberi oleh Dato' Fuad sebentar tadi, disorokkan dibelakang tubuhnya. Mana mungkin dia akan buat semua kerja bodoh tu! Di perhatinya setiap orang yang tiba. Cuba mencari jejaka yang mempunya wajah yang agak seiras dengan wajah Dato' Fuad atau Datin Maimon. Like father like son!

Puas sudah dia menjenguk ke sana ke sini. Di garunya beberapa kali kepalanya yang tidak gatal. Laila tersentak bila bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Dia melompat ke depan. Nyaris-nyaris bunga silat cekak hendak dibukanya.

"Kenapalah nama saya yang cantik ni awak sorokkan dekat belakang? Mujur juga mata saya ni ada special sikit, boleh nampak benda-benda yang tersorok" Seorang lelaki bertubuh tegap tinggi lampai menguntum senyum ke arahnya. Laila merenung lama-lama wajah lelaki itu. "Encik Fiqri ke?" Soalnya setelah lama terdiam. Fiqri sekadar menganguk.

'Nasib baik saya jumpa jugak dengan Encik Fiqri. Dah puas saya melilau tadi" Ujar Laila lega. Dadanya di urut beberapa kali. "Itulah, sepatutnya sepanduk tu awak kena angkat tinggi-tinggi. Barulah senang saya nak cari." Wajah Laila yang tadi tersenyum manis, mendadak berubah. Panas terasa telinganya mendengar sindiran Fiqri.

Tanpa banyak soal, beg pakaian Fiqri di angkatnya menuju ke kereta. "Eh? Larat ke awak nak angkat ni? " Soal Fiqri hairan. Risau melihat keadaan Laila yang terhincut-hincut mengangkat beg pakaiannya. "Tak apa! Saya dah biasa dengan kerja-keja ni!" Keras jawapan Laila.

"Eh? Kenapa Encik Fiqri duduk dekat depan? Duduk dekat belakanglah!" Laila agak terkejut bila melihat Fiqri tiba-tiba duduk di sebelahnya. "Tak mengapalah. Saya tak biasalah naik kereta orang perempuan yang bawa" Laila mengetap bibirnya. Geram

"Apa nama awak?" Soal Fiqri memecahkan kebisuan antara mereka berdua. "Laila !" Balas Laila pendek. Malas nak melayan kerenah lelaki di sebelahnya. "Oooo...Laila. Saya Majnun!" Balas Fiqri dengan deraian ketawanya. "Lawaklah konon! Dia ni memang nak kena!" Gerutu Laila geram. Sakit hati!. Wajahnya yang memang masam kian bertambah-tambah jadinya. Masam mencuka!

Cuaca yang agak panas terik di ibu kota metropolitan Kuala Lumpur begitu membahang rasanya. Biarpun air-cond telah di buka ke tahap yang maksima, namun tubuhnya masih terasa berbahang. Laila mengipas-ngipas badannya beberapa kali.

Fiqri yang duduk di sebelahnya sekadar menjeling. "10 tahun saya tak balik, dah banyak yang berubahkan?" Soalan Fiqri memecah kebisuan di antara mereka berdua. Laila masih membisu. Matanya tegak memandang jalan yang penuh dengan deretan kereta. Sesekali hon kereta yang tiba-tiba berbunyi memekikikkan telinganya.

"Saya nak singgah cheras sekejap. Jangan balik dulu" Arahan Fiqri itu disambut dengan matanya yang sedikit terbeliak. "Apa? Singgah cheras? Eh? Mana boleh Encik Fiqri. Dato' dengan Datin tengah menunggu tu. Lagipun malam ni ada sedikit majlis untuk Encik Fiqri. Saya rasa lebih baik kita terus balik je!" Suara Laila sedikit keras. Dia bukannya apa, bimbang kalau-kalau nanti dia pula yang disalahkan jika tidak membawa Fiqri balik dengan cepat. Datin Maimon bukannya boleh berkompromi.

Fiqri tergelak kecil melihat reaksi spontan Laila. Wajahnya begitu lucu namun tampak begitu comel. Rambutnya yang panjang & bertocang tampak begitu lembut terbuai-buai mengikut gerak badannya. "Comel, tapi sayang orangnya terlalu lasak dan kasar." Fiqri berbisik perlahan.

"Saya peduli apa semua tu! Saya ni anak boss awak so kiranya saya ni macam boss awak jugalah. So arahan saya awak kena ikut!" Laila tersentak. Arahan keras yang keluar dari mulut Fiqri benar-benar menyesakkannya. "Mana satu aku nak ikut ni? Susah betul kalau semua nak jadi boss ni!" Laila mendengus perlahan

Mata Laila liar memerhati sekeliling. Dia macam pernah datang sahaja ke sini. Di renungnya deretan kilang yang tersusun di kiri & kanan jalan. “Berhentikan kereta dekat sini” Kata-kata Fiqri itu mematikan tingkah Laila yang asyik merenung deretan kilang-kilang di di sisinya. “En. Fiqri nak jumpa siapa?” Soalnya ingin tahu. “Kawan lama saya” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

Dadanya yang sejak tadi dilanda debar, makin menjadi-jadi debarannya. “Tak mungkin!” Hampir sahaja dia terjerit bila melihat kelibat abang ngahnya yang berpeluk-pelukkan dengan Fiqri. “Adoi! Matilah aku kalau abang ngah tahu aku jadi driver pada kawan dia. Habislah!” Laila bersuara resah. Dia melorot badannya ke bawah, bimbang jika kelibatnya dapat dikesan!

Sejam berlalu, wajahnya berkerut-kerut menahan rasa sakit dikaki. “Amboi lamanya! Meeting ke apa ni? Lama kan main!” Gerutunya sendirian. Lenguh-lenguh badannya akibat terperosok di hujung tempat duduk pemandu. Telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi, cepat-cepat dicapainya. “Habislah aku!” Desisnya perlahan bila melihat nombor telefon Datin Maimon tertera di skrin telefonnya. “Hello Datin! Laila bercakap” Dia bersuara sopan. “Hoi! Dah pukul berapa sekarang ni? Masih belum sampai-sampai lagi? Semua tetamu dah datang tau tak!” Laila memicit-micit telinganya beberapa kali. Jerkahan kuat suara Datin Maimon begitu menyakitkan telinganya. “Huh! Tak padan dengan tua!” Laila membebel geram. “Errr…Sekejap lagi saya sampai Datin. En. Fiqri tengah berjumpa dengan kawan dia” Laila berusaha mengawal suaranya. Kalau diikutkan hatinya, memang dah lama orang tua ini disumpah seranahnya.

“Berjumpa kawan? Siapa? Bagi telefon ni pada Fiq. Saya nak bercakap dengan dia!” Keras suara Datin Maimon dihujung talian. Laila mengerutkan keningnya beberapa kali. “Tapi Datin, En. Fiqri kat dalam office kawan dia. Dia dah pesan kat saya jangan ganggu dia. Tak apalah Datin, saya janji ½ jam lagi saya mesti sampai kat rumah Datin” Laila cuba berdalih. Nak cari nahas? Tak mungkin dia akan pergi ke sana. Seolah-olah menyerah dirinya ke mulut naga. Kalau abang ngahnya tahu, sure abang longnya juga akan tahu dan semestinya berita ini akan sampai ke telinga emak di kampung. Dan kalau emak dah tahu, faham-faham sahajalah kesudahannya.

“Baiklah! Dalam masa ½ jam mesti sampai dekat rumah. Kalau tidak, saya sendiri akan ke sana!” Amaran keras Datin Maimon disambut kelat! “Mentang-mentanglah orang kaya! Dibuatnya kita ni cam hamba dia pulak” Laila membebel geram. Sakit benar hatinya dengan Datin Maimon. “Yang hantu sorang ni pun satu hal. Dia punya pasal aku pulak yang kena marah” Bebelannya masih belum tamat rupanya. Dijenguk kepalanya ke luar tingkap mencari kelibat Fiqri yang tiba-tiba hilang. Diperhatinya sekeliling dengan perasaan resah “ Laaa.. Mana pulak perginya. Hish! Dah lambat dah ni. Kang mengamuk lagi Si Datin tu”

Laila tiba-tiba tersentak bila tocang rambutnya ditarik dari belakang. “Apa ni En. Fiqri? Tarik-tarik rambut saya pulak! Mak saya pun tak pernah tarik rambut saya tahu tak!” Jerkah Laila geram. Perit! Digosok-gosok kepalanya yang terasa sakit. Fiqri mengekek-ngekek ketawa. “Sebab mak awak tak pernah tariklah, saya tarik.” Ujar Fiqri. Ketawanya pecah lagi. “Sewel agaknya budak ni!” Dengus Laila perlahan. Kereta Honda Accord dipecutnya agak laju tanpa menghiraukan tawa Fiqri yang masih bersisa


Ramai benar tetamu yang hadir. Semuanya orang-orang kenamaan. Macam-macam gaya dan fesyen diperagakan. “Macam pertunjukkan fesyen pulak!” Laila berbisik sendirian sambil tersengeh. “Eh? Laila, dah nak balik ke? Makanlah dulu” Laila yang baru hendak melangkah tiba-tiba terhenti. Dato’ Fuad menguntum senyum memandangnya. “Tak apalah Dato’. Macam tak sesuai je saya kat majlis ni. Lagi pun pakaian saya ni macam tak kena gaya je!” Ujar Laila sambil ketawa kecil.

“Kenapa pulak tak sesuai? Tak kisahlah pakai pakaian apa sekalipun, majlis ni bukannya majlis rasmi. Nak pakai apa pun boleh.” Laila mula serba salah. Hendak ditolak kesian pula dengan Dato’ Fuad tetapi dia memang tidak suka dengan majlis-majlis yang macam ni. Lagipun tetamu yang hadir dekat sini memandangnya seolah-olah dia ni macam alien pulak! Mungkin sebab style dia agaknya!

========

Sambungan

==========

Datin Maimon bukan main lagi melaram. Baju kurungnya berkelip-kelip dipanahi sinaran lampu. Kelihatan seorang gadis cantik di sisinya. Ayu berbaju kebaya songket dengan rambut terurai lembut. “Assalamualaikum semua! Ada sedikit pengumuman yang saya nak buat malam ni!” Suara Datin Maimon yang bergema itu mematikan tingkah semua tetamu. Masing-masing mata mengarah ke arah Datin Maimon yang tersenyum-senyum disisi Dato’ Fuad.

Laila yang kebetulan berdiri di belakang Fiqri menjadi serba salah, kerana secara tidak langsung semua mata mengarah kepadanya. “Kenapalah aku memandai-mandai makan kat sini! Kalau aku tahu tadi lebih baik aku makan kat luar je!” Gerutunya perlahan. “Saya dengan berbesar hati mengumumkan pertunangan anak saya Fiqri dengan Salina anak Datin Zaleha” Ujar Datin Maimon penuh bangga. Tetamu yang hadir, masing-masing bertepuk tangan. Gadis ayu bernama Salina itu mula tersenyum malu bila mendapat ucapan tahniah para tetamu.

Fiqri tersentak! Mana mungkin dia bertunang dengan Salina. Dia sudah mempunyai pilihan hati. Dan jika tidak kerana pilihan hatinya itu, mana mungkin dia akan kembali semula ke Malaysia. Kepalanya mula berlegar-legar mencari jalan. “Minta maaf semua!” Fiqri tiba-tiba bersuara memecah kebisingan di antara tetamu. “Saya nak buat sedikit pembetulan. Mama saya tersilap sebenarnya. Bakal tunang saya bukannya Salina tapi Laila” Ujar Fiqri kuat sambil menarik Laila berdiri disisinya.

Masing-masing terlopong memandang ke arah Fiqri dan Laila. Dato’ Fuad dan Datin Maimon berpandangan sesama sendiri. Mata Laila terbeliak memandang Fiqri yang tersenyum selamba. Daging sate yang dimakannya bagaikan tersangkut dikerongkong. “Mama, papa dan semua yang hadir, saya dan Laila dah lama bercinta. Hampir 5 tahun. Kami bercinta melalui internet dan saya tidak sangka akhirnya akan dapat menemui kekasih hati saya pada hari ni. Betulkan Laila?” Ujar Fiqri sambil merenung lembut ke arahnya. Cengkaman kuat tangan Fiqri di lengannya, memaksa Laila menganggukkan kepalanya, mengiakan kata-kata Fiqri. “Dah 5 tahun bercinta? Ish! Biar benar hantu ni! Aku sekolah lagi masa tu.” Desisnya bingung.

Mata Datin Maimon sudah bengkak. Namun tanda-tanda tangisannya akan reda masih belum kelihatan. Laila hanya tercegat di tepi sudut, terkulat-kulat memerhati tingkah 3 beranak itu. Hati Datin Maimon benar-benar hancur. Malu dan kecewa diperlakukan begitu di kalayak ramai. Dan hatinya benar-benar tersentuh bila orang yang menjatuhkan maruahnya adalah anak kandungnya sendiri.

“Sampai hati Fiq sanggup buat mama macam ni….” Datin Maimon bersuara lirih. Pedih! “Kalau memang betul Fiq tak suka Salina sekalipun, janganlah buat macam ni. Kenapa Laila yang Fiq pilih? Mana Mama nak letak muka ni? “ Suaranya bergetar menahan sebak. Fiqri melepaskan sebuah keluhan. Berat! Dia bukan sengaja! Dia juga tak ingin memalukan mama dan papanya sebegini. Dia terdesak! Terdesak dengan desakan mama sendiri.

“Fiq memang benar-benar sukakan Laila? Kalau dah itu keputusan Fiq, papa ikut sahaja. Tak ada salahnya Laila menjadi menantu keluarga ni.” Dato’ Fuad yang sejak tadi hanya mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara.

Laila tersentak! Menelan air liurnya banyak kali. Kelat! “Apa semua ni? Kenapa aku pulak yang jadi mangsa!” Hatinya seakan menjerit.

“Tidak!” Datin Maimon menjerit kuat. “Mama tak mungkin menerima Laila sebagai menantu. Fiq boleh pilih orang lain tapi tidak dengan Laila. Semua kawan-kawan mama dah tahu Laila ni adalah driver pada papa Fiq. Tak mungkin seorang driver menjadi isteri kepada anak seorang Dato’” Begitu keras suara Datin Maimon kedengaran.

Matanya tajam merenung Laila. Kalaulah Laila tu boleh dimakan, memang sudah lama dia telan. Telan hidup-hidup. Biar segala kekalutan ini terlerai.

“Mai bawa mengucap banyak-banyak” Dato’ Fuad bersuara lembut. Belakang Datin Maimon diusap lembut dan mesra. “Kalau dah itu pilihan Fiq, kita terima sajalah. Lagi pun yang nak berkahwin bukannya kita tapi Fiq. Dia yang akan menempuh alam hidup berumah tangga. Biarkanlah” Kata-kata lembut Dato’ Fuad masih gagal meredakan tangisan Datin Maimon.

Fiqri meraup wajahnya beberapa kali. Menarik nafasnya dalam-dalam cuba menghilang rasa resah di hatinya. “Mama….Fiq sayangkan mama. Fiq tak bermaksud nak memalukan mama” Fiqri bersuara perlahan. Tubuh gempal Datin Maimon dipeluknya. Lembut! Penuh kasih sayang.

Tersentuh dengan perlakuan Fiqri, tangisan Datin Maimon mulai reda. Ditatapnya wajah Fiqri dalam-dalam. “Baiklah! Mama setuju dengan pilihan Fiq, tetapi dengan syarat…..Laila jangan bekerja sebagai driver lagi. Cari kerja lain yang sesuai untuk seorang wanita dan tolonglah berpakaian lebih feminine” Dato’ Fuad dan Fiqri tersenyum sesama sendiri mendengar kata-kata Datin Maimon. Lega bila hati kerasnya itu lembut juga akhirnya.

Namun ada seseorang yang berwajah kelat di suatu sudut. Laila! “Saya rasa lebih baik saya terangkan hal yang sebenarnya….” Belum pun sempat Laila menghabiskan kata-kata, lengannya dicengkam kuat oleh Fiqri. “Err..Sebenarnya kami berdua merancang nak mempercepatkan tarikh pertunangan ni. Apa kata hari ahad minggu depan Fiq hantar rombongan meminang. Bolehkan Laila?” Ujar Fiqri lembut sambil ekor matanya merenung tajam ke arah Laila.

Dato’ Fuad menguntum senyum. “Ahad minggu depan? Emmm…Ok jugak tu.” Laila kian dihimpit resah. “Tapi Dato’….” Sekali lagi kata-katanya terhenti bila lengan Fiqri melengkar erat dipinggangnya. “Tapi kalau boleh nak cepat lagi. Betul tak Laila?” Fiqri cepat-cepat menghabiskan ayat Laila yang tergantung.

Bimbang betul dia. Takut kalau-kalau tembelangnya pecah. Dan lebih teruk jika mama tiba-tiba mengubah keputusan yang dibuatnya sebentar tadi. Lagi teruk!

“Ish….Apa ni En. Fiqri? Rimaslah saya!” Ujar Laila geram. Dia terkial-kial berusaha melapaskan lengan Fiqri yang masih kejap melingkar dipinggangnya. Fiqri sekadar tersengeh. Matanya memerhati sekeliling, cuba memastikan sekali lagi tiada lagi kelibat papa dan mamanya di situ. “Dah lah tu En. Fiqri! Lepaskanlah saya! Rimas betul saya macam ni!” Laila mula menjerit. Geram bila dia gagal melepaskan tangan gagah milik Fiqri di pinggangnya.

“Shhhh….Janganlah cakap kuat sangat. Nanti papa dan mama saya dengar” Fiqri bersuara seakan berbisik. “Tahu pun takut! Habis tu kenapa tak terangkan saja perkara sebenar kat diaorang tadi ? Kenapa saya yang tak tahu apa-apa ni, tiba-tiba tert?” Laila bersuara keras. Dia benar-benar sudah hilang sabar. Nasib baiklah dia ni perempuan, kalau dia lelaki memang dah lamalah hantu sorang ni makan penamparnya.

“Please………Laila, saya memang memerlukan pertolongan awak. Saya janji akan bagi atau buat apa saja yang awak nak.” Fiqri seakan merayu. “Tapi ini bukan perkara main-main En. Fiqri. Ini berkait tentang soal masa depan saya. Macam mana saya nak hidup dengan orang yang tak pernah kenal!” Masih kedengaran keras bait-bait kata yang dituturkan oleh Laila.

“Laila, kita Cuma bertunang saja dan belum tentu akan berkahwin” Laila terdiam seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fiqri. “Habis tu bertunang main-main lah ni? Macam mana saya nak cakap dengan keluarga saya? En. Fiqri hanya mementingkan diri sendiri saja, langsung tak fikirkan keadaan orang lain!” Api kemarahannya sudah menjalar hingga ke kepala. Tunggu masa sahaja hantu sorang ni nak disumpah seranahnya.

Fiqri terdiam. Dia faham tindakannya memang salah. Namun dia tidak punyai banyak pilihan. Dan sungguh! Dia memang rasa bersalah terhadap Laila. “Maafkan saya…Saya terpaksa….” Sayu kedengaran suara Fiqri dicuping telinganya. “Saya menyintai Sofia, gadis Malaysia yang saya kenali semasa di London. 5 tahun menyulam cinta dengannya, hubungan kami memang tak dapat dipisahkan lagi. Tapi sejak sebulan yang lepas dia terus menyepi bila kembali ke Malaysia. Jiwa saya benar-benat tertekan.” Kata-kata Fiqri terhenti. Nafasnya di tarik keras. “Jika saya bertunang dengan Salina, tentu sukar untuk saya memutuskan pertunangan ini bila Sofia sudah saya temui. Salina anak kawan mama, dan jika pertunangan ini putus, mama akan lebih malu. Tapi jika saya bertunang dengan Laila, pertunangan yang terputus nanti tidak memberi kesan yang begitu besar terhadap mama. Saya tahu, saya begitu mementingkan diri sendiri tapi percayalah, saya tidak punya banyak pilihan” Laila mengetap bibirnya geram.

“Habis tu, saya ni nak awak jadikan mangsalah! Banyak cantik! Jangan harap saya akan terima pinangan awak!” Hatinya benar-benar panas. Tiada lagi berencik-encik.

Laila mula bergerak ingin melangkah pergi. Hatinya akan bertambah-tambah panas kalau berterusan melayan kerenah hantu sorang ni. Namun langkahnya mati bila tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat dari belakang. Dia benar-benar kaget!

“Please Laila! I do everything you want, as long you be my fiancĂ©e” Fiqri masih belum berputus asa. “Adoilah! Apa sajalah mamat sekor ni!” Gerutunya di dalam hati.

===============

=================

Laila mengetap bibirnya menahan geram. Pedih benar telinganya disindir sedemikian rupa. Mukanya juga sudah merona merah bila sepanjang hari menjadi bahan ketawa abang-abangnya. “Huh! Mentang-mentanglah aku sorang je perempuan., korang buli aku ye! Tak pe, tak pe, ada ubi ada batas” Gerutunya di dalam hati. Geram!

“Tak sangka betul adik abang ngah yang sorang ni dah nak bertunang. Ada juga orang yang berkenan yek? Member abang ngah pulak tu ! Jejaka paling top masa abang ngah kat U dulu.” Ujar Imran dengan tawanya yang masih bersisa. “Dah 5 tahun Laila bercinta dengan Fiqri ye? Masa tu Laila masih sekolahkan? Humm…Patutlah SPM Cuma dapat pangkat 2, rupa-rupanya time tu dok angau bercintalah ya!” Kepala Laila ditunjalnya beberapa kali.

Laila yang sejak tadi sudah mendidih api kemarahannya, melompat bangun. Sebuah tendengan hinggap dirusuk kiri Imran. “Hah! Buat lagi dengan Laila. Dah lupa ke Laila ni pemegang tali pinggang hitam silat cekak tahu tak!” Jerkahnya kuat. Namun sakit di hatinya kian bertambah-tambah bila melihat ketawa Imran semakin galak kedengaran.

“Astagfirullah hal azim! Apa hal ni Laila” Bulat mata Mak Munah merenung anak daranya yang seorang ni. “Cubalah jaga sikit perangai tu. Laila dah nak jadi bakal isteri orang tahu tak? Jangan buat malu mak pulak kat bakal besan tu” Laila menekup telinganya kuat-kuat. Tidak mahu mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir ibunya.

“Tak payah risau lagilah mak. Dah laku pun anak dara mak sorang ni” Imtihan, abang ketiganya yang sejak tadi sekadar tersengeh tiba-tiba bersuara. “Mak bukannya apa An, bimbang dengan budak sorang ni. Manalah tahu, dah elok-elok orang nak datang meminang, alih-alih tak jadi pulak bila tengok perangai si Laila ni” Mak Munah bersuara bimbang.

“Mak ni…Fikirkan yang bukan-bukan je. Insya-Allah majlis ni akan berlansung dengan selamat” Ujar isteri Ilham, Nadia dengan lembut. “Kak long sorang je yang faham dengan Laila” Laila merengek manja sambil memeluk lengan Nadia.

“Masak nasi pun masih tak pandai. Macam mana lah nak jadi isteri orang” Imran masih belum puas mengusik Laila. Dia sendiri sebenarnya tidak menyangka adik kesayangannya ini akan bertunang. Dengan kawan baik dia sendiri pulak tu!

Laila bingkas bangun. Cepat-cepat masuk ke dalam biliknya. Berdegum bunyi pintu bilik dihempasnya. Biarkan! Biar rumah ini runtuh. Sakit betul hatinya.

Dia merenung wajahnya di cermin. Diperhatinya lama-lama. “Betul ke tindakkan aku ni?” Dia kembali tertanya-tanya. Dia sendiri pun tidak faham kenapa tiba-tiba lembut hatinya menyetujui permintaan Fiqri. Suka kah dia pada lelaki bertubuh tegap itu? Mustahil! Mustahil dia begitu cepat menyukai lelaki itu. Ini Laila! Wanita lasak yang behati batu. Kental hatinya tak mungkin mudah dia menyukai seseorang. “Tapi….dia memang handsome giler. Hehehe…” Dia tiba-tiba tertawa sendirian. Tersengeh macam orang yang sedang mabuk kepayang.


“Mak nak buat apa dengan tudung ni?” Soal Laila hairan bila melihat sehelai tudung berwarna putih berenda berada di atas katil. “Nak buat apa? Nak pakai lah” Mak Munah bersuara pendek. Tangannya ligat membetulkan pakaian yang dipakai oleh Laila. “Tapi mak…Laila mana biasa pakai tudung ni. Malaslah Laila nak pakai. Rimaslah!” Dia bersuara kurang senang. “Hah! Jangan nak mengada-ngada. Dahlah tak pakai tudung, masa bertunang pun tak nak pakai. Rambut tu aurat bagi wanita tahu tak? Jangan nak bising-bising dengan mak. Cepat sikit siap. Rombongan meminang dah sampai kau dok terhegeh-hegeh lagi” Laila menarik muka masam mendengar kata-kata Mak Munah.

Suara hingar bingar itu agak menyesakkannya. Datin Maimon menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan menghadapi segala-galanya. Dijelingnya Fiqri yang duduk rapat disisinya. Anak terunanya itu nampak tenang, segak berbaju melayu putih.

“Errr…Datin nak sarung cincin kat dalam bilik atau nak suruh Laila tu keluar kat ruang tamu ni je” Mak Munah bersuara takut-takut. Maklumlah sajalah, inilah pertama kali dia bercakap dengan orang berpangkat besar dah pulak tu bakal menjadi besannya. “Rasanya, elok kita sarung cincin kat luar sajalah. Mungkin ramai orang yang nak tengok” Ujar Datin Maimon sambil tersenyum. Kelat! Mak Munah cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Lebai Samat yang duduk tidak jauh dari situ, sekadar memerhatikan sahaja tingkah isterinya.

Hati Datin Maimon benar-benar tersentuh. Sungguh! Dia tidak menyangka dan rasanya macam dia tidak kenal dengan gadis itu. Gadis itu bukan Laila yang dia kenal. Bukan Laila yang sentiasa berseluar slack dan berkemeja atau yang selalu memakai jeans lusuh dengan kasut sportnya. Gadis yang berada di hadapannya sungguh berbeza dan terlalu berbeza.

Laila tampak begitu ayu dengan tudung putihnya yang berenda. Baju kebaya putih dengan hiasan kerawang emas disekeliling begitu cantik membaluti tubuhnya. Terserlah lekuk tubuh seorang wanita yang selalu tersembunyi di sebalik t-shirt atau kemejanya yang bersaiz besar. Laila yang duduk bersimpuh di hadapannya sungguh bersopan dan lemah lembut.

Datin Maimon mengerling memandang Fiqri yang berada disisinya. Rasa lucu pula menyelinap dihatinya tatkala melihat Fiqri yang melopong memerhati Laila. Puas sudah dikuis-kuisnya si Fiqri, namun ternyata Fiqri begitu asyik meneroka kecantikkan di wajah Laila. “Adoi! Apa mama ni. Cubit-cubit pulak. Sakit peha Fiq” Tersangkut-sangkut suara Fiqri cuba mengawal agar suaranya tidak didengari oleh orang lain. Wajahnya sedikit berkerut menahan perit di pehanya.

Fiqri cepat-cepat mengalih pandangannya ke luar tingkap tatkala matanya bertemu pandang dengan Laila. Bukannya dia tidak tahan dengan renungan tajam mata Laila, tapi dia takut untuk melihat senyuman manis yang terukir di bibir merah milik Laila. Lekukkan indah lesung pipit di pipi kirinya begitu mengasyikkan untuk di pandang. Hatinya tiba-tiba bergetar. Dia takut! Takut jika nama Sofia yang terpahat kejap di hatinya tiba-tiba luntur. Macam pencuci Clorox yang dapat menghilangkan segala kekotoran. Errrr…Macam mana kalau Laila ni seperti Clorox, yang mampu memadamkan segala-galanya termasuk Sofia. Aduhai! Janganlah!

Matanya kembali memandang Laila. Degup jantungnya kian deras kelihatan tatkala melihat mamanya menyarung cincin belah rotan ke jari manis milik Laila. Sudah sah! Sudah sah Laila menjadi tunangnya. “Aku ni sengaja bermain dengan api ke?” Dia tertanya sendirian. Alahai! Cepatlah tamat majlis ini. Dia ingin pulang cepat. Tidak mahu lama-lama di sini. Bimbang! Takut jika gagal membuang wajah Laila dari kotak fikirannya tatkala pulang nanti.

Fiqri merenung keluar tingkap. Kelihatan samar-samar puncak menara kembar KLCC yang tersergam megah. “Where are you Sofia? I’m really miss you…” Fiqri merintih perlahan. Nafasnya dilepaskan agak kasar. Terasa begitu sesak dadanya saat itu.


Entahlah! Dia sendiri tidak tahu mengapa Sofia menyembunyikan diri darinya. Selama 5 tahun perhubungan mereka, tiada perselisihan faham yang berlaku. Mereka begitu enjoy, menikmati setiap detik bersama. Nafasnya dilepaskan lagi. Sama seperti tadi, masih keras! Kedua-dua tangannya diraup ke muka. Bungkam sendirian.


Dia tiba-tiba terkenangkan Laila. Gadis lincah itu seolah-olah mengoncang kuat pintu hatinya. Dia bimbang, dia takut jika tembok cinta yang dibinanya untuk Sofia, runtuh! Lesung pipit yang menghiasi pipi kiri Laila begitu memukau pandangannya. Terserlah indah tatkala gadis comel itu mengukir senyum. Fiqri tersenyum sendirian. Sukakah dia?


Fiqri tersentak bila intercom di mejanya berbunyi nyaring. “Tuan, Cik Laila dah sampai.” Suara lembut gadis berketurunan cina itu kedengaran di hujung talian. Fiqri terdiam seketika. Rasa janggal pula menyelinap di hatinya untuk bertemu dengan Laila. “Err…suruhlah dia masuk” Suara Fiqri kedengaran serba salah. Dia membetulkan duduknya, cuba berlagak selamba. Biarpun di hatinya berdebar hebat.


“Selamat pagi En.Fiqri. Tadi saya jumpa Dato’, dia minta saya berjumpa dengan En. Fiqri” Suara yang sudah seminggu tidak kedengaran di cuping telinganya. Fiqri tersengeh. Lucu! Bila Laila masih berencik-encik dengannya. “Awak tu dah jadi tunang saya Laila. Tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Panggil saja nama saya atau errrrr….nak panggil abang pun boleh juga” Fiqri bersuara nakal.


“Mengada-ngada pulak hantu sekor ni. Jangan haraplah aku nak berabang-abang dengan engkau!” Laila menjerit kuat. Begitu kuat tapi cuma mampu bergema di dalam hatinya. Laila tersenyum. Kelat! Fiqri melarikan pandangannya ke luar tingkap “Alahai….Janganlah kau tersenyum lagi. Tak boleh tahan!” Fiqri berbisik di dalam hati. Dia menarik nafasnya dalam. Cuba mengawal emosinya.


“Oklah, macam ni Laila. Memandang awak dah jadi tunang saya, tak sesuailah awak tu bekerja sebagai driver. Mulai sekarang awak jadi personal assistant untuk saya. Tugas awak menguruskan hal-hal peribadi syarikat termasuk juga hal-hal saya” Panjang lebar Fiqri berbicara. “Personal Assistant? Maksudnya nak kena mengadap komputer 24 jam, nak kena pakai cantik-cantik dan bergaya dan nak kena mengekor dia sentiasa? Adoilah! Mana boleh!” Gerutunya perlahan. “Tapi Encik..eh silap, tapi awak saya tak biasa buat benda-benda ni semua. Saya ni slow sikit kalau dengan benda-benda ni semua” Laila mula mencari alasan.

“Tak ada tapi-tapi lagi. Ini adalah arahan dan lagi satu, nama saya Fiqri bukan awak. So panggil nama saya” Laila mengetap bibirnya menahan geram. “Awak tu panggil saya awak boleh pulak. Tapi saya tak boleh! Kalau macam ni punya seksa saya tak kerja kat sini pun tak apa!” Bentak Laila geram. Dia sudah tidak boleh sabar lagi. Hantu sekor ni berlagak nak mampus! Langkahnya di atur laju menuju ke pintu. Panas betul hatinya. Kalau dia lebih lama di sini takut pulak perang dunia ke-3 meletus.


============

Friday, October 26, 2007

KEJAYAAN SEORANG INSAN YANG DAHULUNYA BEKERJA MAKAN GAJI(FARIDALI)

aduhh..patutnya xperlu thread mcm ni...segan plakaku...bukanya hebat sgt...ramai lg usahawan2 ygberjaya..sinar..manaya..dll...aku pon blajar dr dorg sume..hmmm...nak citer apepon aku xtau..sbb aku mmg xreti bercerita dlm forum..klu face 2 face maybe blhkot.. klu ikutkan fresh graduate mcm aku ni mmg pikir byk kali samada nkberniaga atau makan gaji...mkn gaji lagi senang..xsakit kepala...cukup bulangaji masuk..masa lom abis study lg aku di offer utk mjadi tutor n smbung MBA kttmpt aku bljr memandangkn result ok..tp bila dipikirkan balik..ape tujuan akubelajar tinggi2..abiskan masa bertahun2 utk dptkan diploma dan ijazah..belibuku mahal2 n study giler2..akhirnya berkerja di bawah telunjuk org..aku rasaaku xleh expand..xleh kembangkan ilmu2 yg aku belajar secara teori dulu dgnlebih praktikal...aku xde kebebasan utk buat keputusan..xdekebebasan utklakukan keje.. xde kebebasan untuk lakukan sesuatu mengikut naluri dan kehendakaku..dari situ jiwa aku akan memberontak stiap kali menerima arahan..


masa studydulu mmg aku byk wat bisnes..tp semuanya buntu..sbb xde tunjuk ajar ygcukup..aku buat mcm2..MLM xyah citerla..mcm2..sinar gelak bila dgr citeraku..beribu2 abis utk MLM..mungkin xde rezeki kat situ...pastu jual keropoklekor kt tasik shah alam..alhamdulillah..nmpk hasilnya..belah pagi aku jualsweetcorn kt dlm itm..belah petang jual kopok kt tasik s.alam...masa tu akustudy kt batang berjuntai...bayangkan pagi2 aku angkat 3 kotak sweetcorn mentahwat masuk ke dlm itm dgn mggunakan kapcai aku...abis awek2 itmtengok..hehe..lantakla..nk malu watpe..aku buat menda halal...klu ada kelas kul8am...aku terus abut ke batang berjuntai..dlm 60km dr shah alam...

mcm tula akusetiap hari..ulang alik..pas abis kelas..balik s.alam utk jual kopok..mmgpenat..xterkata... sambil2 tu aku jual beg galas n beg laptop..aku amik drpembekal...pembekal tu amik dr china...dari situ la aku tau pasal china..tiap2malam aku duk surf web www.alibaba.com tu....duk tgk produk2 drchina...mmg geram klu tgk produk2 kt dlm tu..sayangnya aku xde peluang utk kchina pd masa tu sbb xtau nk contact sape utk pegi ke sana...sampai la akujumpa ahmad sidry@sinar..terima kasih xterhingga...may God blessu.. pas grad aku masuk kursus usahawan siswazah di SME bank...kat situ la akujumpa member sinar..zerocredit...dia yg bgtau aku psl bisnes di china ni..mmgdia pon amik brg dr china gak..dr situ aku dh excited..xtau nk ckp cane keexcited kan aku tu..dia suh aku kontek sinar..cpt2 aku kontek sinar..kebetulanmasa tu sinar mmg nk ke china...

alhamdulillah Tuhan bg aku peluang..esoknyaterus wat pasport n visa..kebetulan aku mmg xde duit masa tu..pinjam duitkwn2..malu mg malu tp tpaksa buang ketepi...duit nk beli brg n sara kos katchina pon aku mmg xde masa tu..tp aku gamble jek... ms tgh kursus tu aku mmg dhkeje...kt s.alam..gaji xdela lumayan tp bolehlah..keje wat marketing..kt situpon aku terpikir,,..drpada aku keje giler utk kayakan org lain baik aku kejelagi giler2 utk kayakan diri sendiri..sblm ke china tu aku dh fikir utk brentikeje..tp masa tu aku masih 50-50 lg..rasa jgk sayang nk brenti sbb keje mmg sshskrg..aku ckp kt sinar yg aku nk brenti keje..dia ckp..saya xsuruh dan sayaxlarang..lagila aku pening...xtido mlm di buatnya..hehehe...lagi pon masa tuaku mmg xde modal....tp aku nekad gak utk brenti keje..aku xnak makan gajilagi..aku mampu lakukan sendiri..Insyallah


seminggu sblm ke china...aku nekadutk cari modal...aku kikis sume harta benda aku...aku cuba pinjam dgn kwn2 tpsorang pon xbagi...masa tu mmg btl2 sedih..mengalir air mata di buatnya...dlmbyk2 kawan yg aku ada..yg aku tolong selama ni..sorg pon xcuba n xmampu tolgaku...tolong order barang dgn air liur ramaila...besarnya dugaan Tuhan masatu... sehari sblm pegi aku dpt kumpul bape rm jek..dgn duit tu aku beli brg2 ktsini...ms kat sini aku mmg cuak..aku balik msia dgn xde duit..ada cukup2 byrsewa umah jek..yg ada cuma brg2 yg hendak di jual..sampai jek msia aku allout..bjuang habis2san..bila terjatuh kejap..aku cpt bangun..mekasih pd sinar dankwn2 yg lain yg byk bg support..xputus2 bg support...

xtau aku nk balas canejasa korang...aku dah pilih jalan hidup aku..keluar air mata darah canesekalipon aku tetap kene melangkah ke depan..aku xleh pandang belakang lgdah..jatuh ke..merangkak ke..aku kene keddepan jugak... aku korbankan masatidur aku...biasanya bangun kul 9 tido kul 12...skrg ni...tido selepas subuhpastu kul 10 bangun balik...mmg sakit..tido xcukup..tp sume tu aku anggappengorbanan..xpela aku xcukup tido skrg..akan dtg nnt aku xnak xcukup tdo..dari bulan 7 aritu sampaila ke hari majlis taklimat hari tu..mcm tula hidupaku..ke hulu ke hilir..kadang balik kul 4 5 pagi..kdg2 terlajak jalan..kadang2sampai aku terlupa jalan nk ke umah aku..gilerr... dulu jumpa awek 2 3 kaliseminggu...skrg ni jumpa 2 minggu sekali belum tentu...hehehhe..sib baikmemahami.. hari jumaat sblm hari taklimat koperasi...pagi sampai petang akusetelkan keje koperasi n business sket..sampai malam dalam kul 10 aku cabut kepahang..urusan business dn keluarga..sampai sana dlm kul 1.30am....setelkankeje sampai kul 6am..xtdo...kul 6.30 aku cabut balik KL...terus ke IPVcheras...sampai lewat dlm kul 1030...mintak maaf..dh speedy tu..dgn mata yg dhxleh bukak...sakit kepala..tpaksa gagahkan diri jgk...

akhirnya tumbang jugakkat atas sofa lobi IPV tuh..dh mmg xtahan...nk bsembang ponxlarat..mintakmaaf..bkn xnak layan..tp mmg betul2 xlarat..rasa nk pitam..sibbaik ada partner yg blh handle brg2 aku masa tuh..tp aku rasa bersemangat masatu sbb tgk ahli2 bersemangat..bg komitmen utk hadir taklimat...semoga kitasama2 berjaya.. jangan hanya bercakap..bila ckp kene terus buat..jgn pandangbelakang lagi bak kata manaya...do or die bak kata sinar...sampai hari ni akupegang kata2 tu.. balik dr taklimat aku curi masa sket utk kuar releasetensen..gi eye on malaysia..bwk awek skali hehhehe...dah bminggu2 hidupxmenentu..tiap2 ari tdo kul 5 6 am..balik jalan2 aku gi hantar brg2customer..balik umah customer plak dtg smpi kul 5 am...pastu packing2barang...

kul 7 am terus gerak ke KLIA...kul 930 departure..nyaris2 xdpt blepassbb checkin lewat..sib baik mas..klu air asia alamatnya..berlari2 kambing akudgn sinar aku masa tu..dh lama xpecut 100 meter..semput n penat...nagasan jdsaksi hehehe... kul 2 sampai airport guangzhou...sampai umah sinar dlm kul4pm..mkn jap..pastu terus kuar beli barang..penat xhilang lg..sampai kul 10mlm..balik umah terus tido...huhh tido lena semalam..dah lama sgt xrasa nikmattido malam sebelum kul 12...terbangun awal plak hari ni..biasanya sinar ygkejut aku..hari ni aku plak yg kejut dia...hehhe..dia dgn dookie pon terkejutaku bangun awal..hehehe... hari ni 1 hari aku setelkan purchasing brg2 aksesoriwanita..sampai ke malam... balik umah td tkejut sbb sinar ckp ada thread pslaku..igtke thread psl aku dtg lewat masa taklimat n tido atas sofa..rupan2nyathread ni lak..rasa segan pon ada..sbb aku belum lagi berjaya...dan belum lglayak utk bercerita..pengalaman cetek..byk lg nk kene belajar..setiap hari akujumpa ilmu baru...terima kasih pd semua yg byk bg ilmu...

tiap2 hari dpt cabarandari sinar..ni kali ketiga aku dtg amik brg kt sini..maybe mggu depan dtg lg...alhamdulillah bisnes aksesori ni bagus setakat ini..moga2 berpanjangan.....do or die or run...tu jek aku blh cerita..aku harap kita semuaberjaya...jgn hanya bersemangat sekejap jek...aku sedih bila tgk kwn2 yg mula2mmg bsemangat giler2..pastu senyap terus tido dilamun mimpi indah...ayuhbangkitlah rakan2... balik mesia dh xleh nk join forum sgt..jadualpadat...sekian saje setakat ni..usahawan kerjaya pilihan...gudluck...

p/s : aku harap wineps berjaya 1hari nanti...^l0_0l^..teruskan hasrat anda utk brenti keje...nekad n tekad..semoga berjaya

Friday, October 19, 2007

Adnan bin Saidi

Adnan bin Saidi

Image Hosted by ImageShack.us

Lt. Adnan SaidiAdnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan ? kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan King George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan ke-2, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, 'C' Coy.


Sebagai ketua keluarga
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu
Pertempuran di Pasir Panjang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa tempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada 'C' Coy. 'C' Coy merupakan sebahagian rejimen Melayu 1 dan 2 yang membentuk Briged Infantri Melayu 1, Rejimen British 2nd Loyals dan Briged 44th Indian. Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, motar berat dan bedilan meriam. 'C' Coy dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada 'C' Coy. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Regiment di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, 'C' Coy menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke regiment Adnan ? menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British-India British-Indian Army mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.

Kematian Pejuang
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, dia jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Dia terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat marah kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan boynet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun membawa turun mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat tentera Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42-orang anggota Batalion Pertama dan Kedua Regiment Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.

Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.General A.E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)?"
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun

Source from Wikipedia