Monday, May 19, 2014

Asrama sekolahku... (leader79)

Salam, Ini first time aku nak kongsi ceriter pasal sekolah lama aku kat area klang, selanggor. Haha.. nama sekolah dirahsiakan untuk mengelak dari anasir-anasir yang tak baik. Sekolah aku nie dah lama dibuka, kalau tak salah aku dalam era 70an. Aku pulak sekolah kat sini dalam hujung 90an. Banyak kisah misteri yang orang dah ceriter kat aku, masa aku junior kat sini tapi aku tak percaya. Macam mana aku nak percaya, sebab surau kat sini penuh dengan budak-budak mengaji dan sembahyang. Pendek kata ayat-ayat alquran sering kedengaran kat sekolah nie. Aku pun masa sekolah kat sini, alim lah jugak.. hehe. Nak dijadikan ceriter asrama kat sini, keadaannya agak seram sikit. Aku kata macam tu sebab dari segi bangunannya agak lama. Aku pulak first time jauh dari keluarga. Masa nak ke tandas, aku rasa tak der orang yang nak pergi sendiri. Mesti nak kena ada teman, kalau tak, tak ada yang berani. Budak-budak kat sini pulak "berisi" maknanyer ada pemakainya. Minggu pertama kat sini aku rasa biasa jer. Tetapi lepas kenal beberapa budak yang "berisi" nie, aku rasa takut sikit. Korang bayangkanlah, ada budak yang boleh terjun dari tingkat tiga dan naik balik ikut tangga. Tiap-tiap malam ada jer budak yang histeria dan kena rasuk. Aku pun pelik, waktu siang macam berada kat dunia lain dan malam pula kat dunia misteri. Korang bayangkan, ada satu malam nie kat dorm aku, tiba-tiba budak nie histeria. Nama samaran dia ujang. Ujang nie tiba-tiba kena rasuk lepas sembahyang isyak. Aku pun ada terfikir, dia nie kosong ker berisi. Kalau berisi, mungkin dia dah langgar pantang ker? Bersambung... Ujang nie budak melaka, tapi cakap loghat negeri. Dia nie baik orangnya dan pendiam. Susah nak dengar dia bercakap atau berborak dengan kawan-kawan. Malam yang dia kena histeria nie dia ada kat dorm, baru lepas habis sembahyang. Aku pun ada terfikir dia nie main-main ker betul-betul. Baru lepas sembahyang, takkan tiba-tiba kena histeria. Aku pulak, bab-bab macam nie penakut sikit, tak pernah tengok orang histeria. Budak-budak yang lain pulak, ramai ada kat bawah. Tak naik dorm lagi, ada yang terus pergi study. Aku dengan 2, 3 orang jer nie yang ada dalam dorm. Tiba-tiba aku terdengar laungan azan, rupa-rupanya ada sorang kawan aku nie, terus laungkan azan lepas ujang mula meronta nak keluar dari dorm. Cepat-cepat kami bertiga pegang ujang dan dia terus rebah tak sedarkan diri. Tak lama kemudian ramai lah yang datang kat dorm nie, nak tau kenapa ada orang azan tiba-tiba.. Bersambung.. ujang, apabila mula sedar seluruh badannya mengeletar. Aku yang baru nak berani nie dah takut balik. Dia kata, dia ada buat salah sebelum dia kena kacau, masa dia ambil wuduk tu dia boleh siap kencing kat tempat orang ambil wuduk. Lepas tu masa orang start sembahyang, dia ada nampak mahluk berbulu memandang dia tengah sembahyang, so lepas sembahyang dia ingat nak terus tidur. Aku pun soal lagi dia, sebab aku macam tak percaya cakap dia, macam mana tengah sembahyang pun benda tu boleh kacau. Dia cakap memang betul dia nampak dan dia tunjukkan telapak tangan dan kaki dia kat aku. Aku terkejut lepas tengok memang putih macam tak cukup darah. Itulah first time aku nampak kedua-dua telapak tangan dan kaki putih macam mayat. Dah tak pasal-pasal malam tu satu dorm aku, tidur dalam ketakutan. Surah yassin tak putus-putus kami baca, siap letak senaskah yassin kat bawah bantal sebab takut punya pasal. Kita orang tidur reramai berhimpit-himpit malam tu. Aku yang tadinya takut dah rasa kelakar pulak. Ramai kawan-kawan aku satu dorm ni kesian kat budak ujang ni. Malam tu dia tak nak tidur. Puas kita orang pujuk tapi dia tetap masih dalam ketakutan. Pagi tu dia tak pergi sekolah sebab family dia datang ambil dia balik. Lepas dalam dua minggu kemudian dia datang balik siap pakai tangkal kat leher dia. Aku yang tiba-tiba ternampak tangkal tu dah rasa kelakar lah pulak siap ejek-ejek dia sebab percaya pada tangkal tu. Rupanya itu minggu terakhir dia kat sekolah tu sebab dia kemudiannya tukar sekolah. Sedih lah pulak aku sebab itulah kali terakhir aku berkawan dengan budak ujang ni. Bersambung.. Selepas peristiwa ujang pindah sekolah tu, aku dah rasa memang ujang betul-betul nampak "benda" tu. Tapi budak-budak kat asrama ni memang berani, dia orang macam tak ambil kisah pun apa-apa peristiwa aneh yang berlaku kat sini. Selang beberapa hari kemudian aku ada ikut beberapa orang taiko kat sini keluar asrama waktu malam. Istilah kat sini dipanggil "RAMBO". Rambo nie istilah untuk budak-budak panjat pagar keluar asrama waktu malam. Bukan senang nak keluar, sebab kena redah semak dan lalang tinggi kepala kita. Siap ada pacat, nak keluar pula dalam pukul 11 malam ke atas itulah pasal kita orang gelar rambo. Masa aku tengah rambo waktu malam, aku pesan kat geng aku kalau nampak atau dengar apa-apa jangan ditegur. Tiba-tiba tak lama tu, aku pulak yang terdengar suara nyaring kak pon mengilai. Mula-mula tu aku tak perasan, rasa macam tak percaya pun ada. Tapi lepas budak-budak nie lintang pukang lari, baru aku tau nie real bukan main-main. Port kita orang kat warung mamak dekat rumah kedai area sini. Datang sini pun sajer nak makan dan main" kuda". Masa tu main kuda nie tengah top hehe. Sampai jer kat sini kita orang bincang pulak macam maner nak balik. Aku cakap kat dia orang, baik kita balik dah dekat nak subuh. Tapi bahaya pulak, masa nak masuk banggunan asrama, sebab time tu ramai yang dah bangun. Serba salah pulak aku waktu tu, takut kat cik pon ker nak takut kat warden. Last-last terpaksalah aku buat keputusan, sebab kalau kantoi dengan warden lagi teruk. Hantu ni kalau terserempak bolehlah kita baca apa-apa nanti. Kita orang dah start baca ayat alquran dari kedai kuda tu lagi dan sepanjang jalan nak balik asrama. Dalam hati siap budjet hantu tentu dah tak berani kacau dah. Tiba-tiba aku rasa lain macam jer area kat sekeliling aku. Sunyi semacam, dan tak dengar bunyi katak dan cengkerik. Masa tu pun dah tak berangin, macam selalu. Dah mula rasa takut... Ada lagi ker cik pon kat sini... Bersambung... Malam tu, aku dah rasa serik nak gi rambo lagi. Seronoknya sekejap jer, tapi seksanya macam nilah. Kita orang berlari-lari anak nak ke asrama balik. Nak jer aku berlari kalau boleh, sebab takut cik pon punya pasal. Tapi disebabkan jalan yang kita orang lalu, macam masuk hutan tak dapatlah aku nak berlari. Belakang asrama aku ni , dah macam hutan kecil. Lalang jer dah tinggi kepala orang. Sedang aku and the geng, kelam kabut nak cepat. Member aku brandon pun tegur kita orang, macam ada yang tertinggal jer. Dah mula aku tengok kiri dan kanan aku, nampaknya memang tak cukup. Siapa pulak nie dah tertinggal, marah aku kat member aku. Kita orang mula mengira sorang- sorang dalam hati. Petua nie dah selalu senior pesan. Kalau tak cukup member, masa kira jangan cakap kuat-kuat karang ader jer yang menjawab. Mula-mula kira macam tak cukup sorang, kira balik tak cukup 2 orang. Takkan aku salah kira nie. Ah kira balik. Budak-budak lain pun sibuk mengira macam aku jugak. Dah macam budak tadika mengira, tak habis-habis. Dah lain macam pulak aku rasa, takkan ramai-ramai kira pun boleh silap. Hilang sorang ker 2 orang.. Bersambung.... Sedang aku sibuk mengira, aku pun pandang muka sorang-sorang budak-budak yang ikut keluar, rambo malam-malam. Ah.. semua ada. Mana ada yang tertinggal. Pagar asrama aku pun dah nampak kat depan tu. Tiba-tiba kat depan kita orang, tak pasal-pasal sebatang pokok jatuh betul-betul kat lorong nak masuk ke kawasan asrama aku. Ah.. kena block ngan pokok pulak. Dalam hati macam mana pokok nie boleh jatuh. Serentak kita orang pandang kat atas pokok yang berhampiran. Tak ada apa-apa. Tiba-tiba kita orang terdengar lagi suara cik pon mengilai nyaring macam ada kat sebelah kita orang. Lintang pukang aku lari, nasiblah siapa yang tertinggal, aku dah tak peduli. Sampai saja kat dorm aku, terus aku naik atas katil mengigil sampai ke pagi... Esok paginya, masa nak bersiap ke sekolah baru kita orang bercerita balik kes semalam. Aku tanya sorang-sorang , siapa yang nampak benda tu. Macam-macam versi pulak yang keluar.Ada yang nampak benda putih terbanglah, ada yang cakap benda tu kat sebelah kita orang lah, tapi yang pasti semua dengar bunyi suara mengilai tu. Aku tak nampak apa-apa tapi dengar bunyi tu pun dah cukup buat aku takut. Memang tak ada siapa pun yang boleh tiru bunyi tu. Sedang aku bercerita kes malam tadi, baru aku perasan kawan aku itik, budak sama kelas dengan aku tak join breakfast dengan kita orang. Mana pulak itik nie, dah lambat dah nak pergi sekolah nie. Pagi-pagi kalau murid tak ikut perhimpunan, memang kena denda. Aku pun pergi cari itik kat dalam dorm, Katil dia masih bersepah. Pelik dah nie takkan dia tak kemas katil dia. Siapa yang duduk hostel memang tahu peraturan ni, sebelum pergi sekolah katil memang nak kena kemas dulu. Kemudian aku cari balik kat dewan makan, tak jumpa jugak. Ah.. nie mesti dah pergi sekolah, sebab dah lambat dah nie. Dalam hati aku membebel, budak ni memang sajer buat aku marah. Masa perhimpunan aku pun mula cari dia. Eh.. tak nampak pulak, sampai kat kelas pun tak der. Mana itik nie... dia tertiggal kat dalam hutan semalam ker?... Bersambung..... Kat dalam kelas, macam biasa aku selalunya mengantuk. Tak perform, disebabkan aktiviti malam yang padat.. hehe... Penat seharian belajar, menyebabkan aku terlupa sekejap pasal itik. Masa balik dari sekolah nak ke dewan makan baru aku teringat pasal itik. Dalam aku sibuk beratur menunggu giliran nak ambik makanan, aku macam ternampak mamat poyo dah nak habis makan kat sudut belakang mengadap partition pelajar perempuan. La.. kat sini rupanya kau. Jerkah aku kat itik.. Rupanya dia ni tak pergi sekolah, ponteng. Malam tu pulak dia tidur kat dorm bawah tak berani nak naik kat dorm dia.Patutlah aku cari pagi tadi tak ada. Malam ni kita orang malas nak keluar. Ah.. penat, takut pun ada. So petang tu aktiviti sukan kita orang berakhir ngan lepak-lepak makan burger kat warung depan sekolah. Tengah lepak-lepak sambil borak-borak kosong, jumat member aku budak paling selamba pun citer semalam ada budak lelaki pergi "ASPURI" tapi kantoi ngan warden perempuan. Aku pun terkejut, malu giler kalau kantoi silap-silap kena buang asrama nie. Budak yang kantoi tu pulak popular kat sini, sebab dia rajin azan waktu nak sembahyang. Jumat dengan selamba cakap kalau dia yang pergi asrama puteri conform tak kantoi. Haha.. semua kawan-kawan aku tergelak. Kita orang masih teringat malam tu dia yang paling cuak masa kelam kabut kena kacau ngan kak pon. Malam tu kita orang dah tak fikir pun nak pergi asrama puteri, tapi bila kita orang dengar ada group yang nak pergi, aku tiba-tiba semangat nak follow. Kita orang bersiap ngan pakaian hitam dan dalam pukul 2.30 pagi, kita orang mulakan perjalanan giler nie. Hati aku dah berdebar-debar, bukan apa kalau kantoi malu besar aku. Karang awek aku kata apa pulak.. Dari jalan ke dewan makan, aku meyusur ke belakang dan panjat pagar asrama puteri nie. Dalam hati aku terfikir mana group yang lagi satu. Dia orang ikut jalan mana. Tak jauh dari tempat aku panjat pagar nie, aku ternampak lembaga hitam samar-samar dah berada kat koridor asrama perempuan nie. Dalam hati aku tersenyum, oh korang dah sampai dulu yer.. Aku siap bagitau kawan-kawan aku follow belakang aku, aku pun nak join sama group tu. Jumat pun pelik tengok aku sebab selamber giler terus nak terjah dah macam over confident pulak.. Aku pun cakap yang aku ternampak group tu dah ader kat koridor dah. Kita ikut jer. Tapi sorang pun member aku tak nampak apa yang aku nampak. Aku pun cakap dia orang dah sampai la.. sama macam kita pakai baju warna hitam. Jumat tanya aku lagi, siapa? Aku cakap geng zulu laaa. Jumat terkejut mana ada, zulu tak jadi pergi laa..lepas dengar ijam kantoi dengan warden perempuan.Aku lepas dengar lagilah terkejut nak jer aku lari terus ikut pagar depan lepas aku dengar apa jumat cakap. Habis aku nampak siapa kat koridor tu? Ah.. nak buat apa nie.. Bersambung.... Sebenarnya aku dah lama mengidam nak masuk asrama puteri nie.. Bukan ada niat jahat pun. Masa tengah zaman remaja tu, perasaan ingat tahu memang meluap-luap..hehe.. Aku dengar macam-macam cerita pasal budak-budak perempuan nie. Masa sekolah "black out" tak ada elektrik, budak-budak lelaki tepu tak tahu nak buat apa. Tapi budak-budak perempuan siap buat unggun api macam tengah berkhemah. Ada aku dengar jugak dia orang ada yang lesbian. Dorm bersih giler dan macam-macam lagi yang sensored hehe.. Masa aku tahu cuma group aku jer yang ceroboh aspuri nie, aku dah tak sedap hati. Dahlah ijam baru kantoi. Aku pulak dah nampak lembaga hitam kat koridor nie. Perasaan takut lagilah bertambah-tambah. Masa tu aku dah tak ada pilihan lain, kecuali keluar balik. Masa aku nak patah balik tu, ada pulak budak yang tak setuju. Dah alang-alang sampai, jom kita tengok apa yang best kat sini. Aku tak adalah sampai nak masuk dorm diorang cuma lalu jer kat situ. Masa aku lalu kat koridor dia orang, kasut dan selipar budak-budak nie kat luar rupanya. Maknanya dalam dorm tak pakai selipar. Bersih giler kalau macam nie. Mulalah jumat nak start buat dajal alihkan selipar dia orang. Budak-budak kat hostel nie kalau pasal selipar memang sensitif. Ha..ha aku pun sama cari idea nak buat dajal. Lepas tu kita orang lalu kat bilik air diorang nie. Terkejut giler aku pasal bergelap. Nak jimat elektrik apa dia orng nie. Takkan masa masuk baru buka lampu. Tapi alih-alih dengar orang ketawa kat dalam tu.. Giler apa budak-budak perempuan nie masuk bilik air dalam gelap.. Lepas tu kita orang dengar suara yang perlahan dan seram memanggil nama kawan aku. Itik.. itik.. Faisal..faisal berulang kali.. Eh.. siapa pulak nie.. bukan semua orang tahu nama itik nie sebenarya faisal.. dan macam mana dia tahu aku and the geng ada kat sini... Bersambung.... Malam tu sunyi sikit, aku dalam keadaan takut, merayau-rayau kat dalam aspuri. Selepas nama itik disebut berulang-ulang dengan nama betul dia dari dalam bilik air yang gelap. Aku semakin takut walaupun kami ramai. Masa tu baru datang seribu penyesalan kat hati kami. Kenapalah gatal sangat nak masuk aspuri nie. Kalau aku tidur jer kan lagi baik. Aku tanpa kata sepatah pun kat member-member aku, terus meninggalkan tempat itu. Aku dah trauma dah, dah laa.. aku sorang jer yang nampak lembaga hitam sebelum tu. Aku rasa kawan-kawan aku pun perasan, aku dah lari dulu. Aku bukannya penakut.. tapi malam tu, dah lebih dari limit aku. Cuma aku tak tahu nak keluar ikut mana yang lagi cepat dan selamat. Nak jer aku cari awek aku malam tu, nak minta tolong dia. Tapi nanti mungkin lagi kecoh kalu budak perempuan yang lain tahu.. Aku rasa member-member aku pun dah cabut, masa aku tengah panjat pagar, ikut jalan aku masuk tadi. Tiba-tiba aku terdengar orang memanggil-manggil nama aku. Eh.. nie suara orang ni. Macam kenal.. suara itik. Tapi aku tak berani menoleh belakang.. buatnya benda tu boleh meniru suara itik nanti pengsan pulak aku kat situ. Selepas aku dah keluar sorang-sorang dari kawasan aspuri, tiba-tiba badan aku kena suluh dengan lampu suluh dari jarak jauh.. Aku tak nampak siapa sebab silau, dan aku tak peduli siapa pun. Aku terus lari masuk dalam dorm. Kemudian bunyi siren asrama bergema dengan kuatnya, sah ada spot check.. Nie mesti nak check siapa yang tak ada dalam dorm. Nasib baik aku dah kat dalam. Tapi macam mana dengan kawan-kawan aku... Ada kat mana? kenapa sebelum nie itik panggil aku dan siapa yang suluh aku sebelum tu?.... Bersambung... Malam tu aku dah takut giler. Budak dorm yang lain tahu aku keluar. Nanti ada yang pandai-pandai pulak bagitau kat warden. Spot check kat asrama aku nie dah macam dalam penjara, disuruhnya kita duduk mencangkung dan kedua-dua tangan atas kepala sambil kepala tunduk. Aku takut giler masa tu, dalam hati janganlah sampai kantoi. Sedang aku duduk mencangkung baru aku perasan pakaian aku tak sama macam budak lain. Aku siap pakai kasut lagi. Alamak... tak sempat aku nak tukar baju dan pakai selipar. Masa warden nak pergi kat tempat aku berkumpul tiba-tiba warden aspuri datang. Aku nampak warden cikgu gaban ikut warden aspuri. Ah.. lega. Kat sini cikgu gaban nielah yang paling ditakuti oleh budak-budak lelaki kat sini. Kalau kena penampar memang tak ingat. Dahlah dia nie pemurah dengan penampar. Kadang-kadang belum cakap sepatah penampar dah sampai dulu. Masa tu baru aku terfikir member-member aku yang lain, aku masih tak nampak lagi. Cikgu gaban pulak dah kat aspuri. Lepas tu hanya ketua dorm jer yang kira budak-budak dorm. Nasib baik shah, ketua dorm aku sporting. Lepas tu budak-budak lain pun bersurai. Aku pun tukar baju dan cari jumat, itik dan yang lain lagi. Tapi nak cari kat mana, takkan aku nak tanya budak-budak lain. Karang tak pasal-pasal kontoi pulak. Budak-budak kat sini dah lah ada macam-macam jenis. Kemudian aku nampak ada ambulans yang masuk aspuri. Nie apa kes nie, belum pernah pulak aku nampak ambulans masuk, biasanya pun naik kereta cikgu kalau nak ke hospital. Bersambung... Malam tu selepas pelbagai peristiwa yang terjadi, aku pun tidur lena akibat kepenatan. Esoknya baru aku tahu yang malam tadi ada pelajar yang pengsan di aspuri. Itu yang aku nampak ambulans masuk. Kenapa pelajar tu pengsan aku tak tahu ceritanya. Kawan-kawan aku pun dah balik ke aspura dengan selamat. Kelakar pulak masa tu semasa kawan aku cerita pasal aku kelam kabut lari ke aspura. Dia orang cuba nak tahan aku nak tanya kenapa aku tinggalkan budak-budak yang lain. Selepas tu seminggu aku dah tak buat lagi kerja bodoh aktiviti malam aku. Sampailah satu ketika tiba-tiba aku rasa lapar.. Mulalah cari stok maggie, mahal giler kalau budak-budak dorm aku jual. Mulalah otak aku berfikir macam mana nak cari makanan. Aku pun terfikirkan dewan makan. Dapat setin biskut pun ok jugak.. Masa aku planning nie, tak der sape pun yang nak ikut. Lepas aku paksa, barulah ada yang follow. Brotherhood lah katakan..hehe. Masa buat kerja nie, aku tak der lah takut macam pergi rambo dan ke aspuri sebab aku dah biasa lalu jalan nie. Aku pergi berlima, tapi yang masuk empat orang. Sorang kena jaga line... Aku masuk dan bersemangat cari apa yang ada.. Dalam hati aku kalau dapat buah tembikai cantik jugak.. sedang aku sibuk mecuri makananan kat situ, tiba-tiba dengar bunyi bising kat luar. Abang kerja dewan makan dah banggun ker? Aku dah mula takut, tapi sempat jugak aku bawak lari sebiji tembikai dan tiga tin biskut. Lepas keluar aku tak nampak brandon budak yang jaga line.. mana dia nie tak boleh harap betul la.. Aku pun blah jer lepas tu. Masa nak cabut tue aku ternampak, kelibat brandon kat tepi dewan makan nie. Aku panggil dia, marah dia kenapa tak jaga line, tapi dia diam jer. Ah.. tak boleh harap runggut aku. Masa nak masuk aspura, baru aku perasan aku berempat jer. Brandon tak ikut balik aspura. Eh.. dia nie merajuk ker? Lantak ahh.. marah sikit pun tak boleh terima. Lepas tu aku kejut budak-budak dorm aku mana tahu ada yang lapar sama. Masa tengah kejut tu aku nampak brandon pun ada kat katil dia.. Eh.. cepat giler dia masuk dorm. Aku berempat yang gerak dulu. Aku pun kejut jugak dia.. Dia terkejut nampak aku, dan cerita dia minta maaf kat kami kerana tak jaga line sebab dia kena kacau, benda tu memanggil nama dia berulang kali. Dia juga nampak kelibat lembaga hitam kat sebelah dia... Aku pun lagilah terkejut sebab dengan siapa aku cakap masa aku jumpa dia kat situ.. Bersambung....... Masa aku kat asrama memang aku nakal, tapi aku tak kesal, yang aku kesalkan, masa tu aku lambat ada awek hehe.. Biasanya waktu petang aku dan member-member aku tak macam pelajar yang lain aktif dalam sukan. Kami pulak lebih suka bersantai dan borak kosong di kawasan sekolah. Kalau ada duit lebih kami akan makan burger yang dijual di hadapan pagar sekolah. Seperti biasa dah dekat nak maghrib, kami akan balik semula ke aspura nie. Sewaktu nak ke aspura nie, kami akan lalu dikawasan berderet pokok pinang. Aku memang pelik sikit dengan pokok pinang nie, sebab dah macam kat sekolah henry gurney pulak rasenya kalau aku tengok pokok nie. Tak ada pokok lain ke nak tanam. Tiba-tiba member aku baling batu kat satu daripada pokok nie. Aku pun terseyum.sebab aku pun baru terlintas terfikir pasal pokok nie, pada pandangan aku bukan cantik pun. Kalau tanam pokok buah-buahan boleh jugak aku makan. Malam tu masa aku tidur kat dorm aku, tiba tiba faisal menendang katil aku. Aku pun terkejut. Nie memang nak cari gaduh kalau mengigau pun janganlah sampai kacau orang nak tidur. Aku tengah sedap-sedap tidur pun boleh marah kalau kena tendang. Aku pun jerit kat dia sampai budak-budak yang lain terbangun. Tapi dia tetap tendang katil aku. Katil aku nie kat atas dan dia kat bawah aku nie, memanglah aku terkejut sebab tiba-tiba jer dia cari pasal. Lepas aku turun daripada katil tue, aku nampak dia dengan mata tertutup masih menendang katil aku, tapi aku tiba-tiba rasa bertambah takut sebab nafas dia sangat kuat seperti nafas lembu laga.. kuat giler dia tarik dan hembus nafas dia seperti orang kena rasuk.. Aku dan beberapa kawan aku yang lain cuba kejutkan dia.. tapi dia tetap ganas.. aku yang berenam cuba memegang badan dia tapi tak berjaya apabila dia meronta, kekuatan dia sangat luar biasa dan pelik.. tak kan enam orang pun tak boleh nak pegang dia... Aku sangat takut sebab dia sangat ganas.. dia cuba menendang orang yang dekat dengan dia dalam keadaan mata yang tertutup. Macam mana pulak dia dapat melihat aku dan budak-budak lain. Baru petang tadi dia elok jer ngan aku dan budak-budak lain lepak. Nie dah malam malam nie tiba -tiba macam kena rasuk... Dia mengejar kami yang lari dalam dorm nie. Bukanya besar pun dorm aku nie terpaksa aku lari lintang pukang... Bersambung...... Faisal kawan dorm aku, yang tiba-tiba kena rasuk sebenarnya ada kaitan dengan sebab dia baling batu kat pokok pinang yag berderet tu... Aku sampai sekarang kalau nampak pokok tu memang fobia, dan tak faham kenapa orang suka tanam pokok pinang berderet.. tanamlah pokok buah-buahan boleh juga makan. Faisal masa kena rasuk mula meracau dan mengamuk.. mula-mula dia tendang katil aku.. katil aku pulak memang betul-betul kat atas katil dia.. masa aku tak tahu dia kena rasuk, aku masa tu memang marah giler kat dia. Tapi bila tahu, aku jadi takut pulak.. hehe Masa kami lari berkeliaran kat dalam dorm tu, dia boleh macam melompat kat dalm dorm aku, punyalah tinggi dia lompat sampai jejak ats siling dorm aku. Dia jugak boleh meniti dawai halus tempat sidai tuala mandi kat dorm aku.. Aku pulak masa tu tak boleh nak keluar sebab dorm berkunci.. nak buka pulak kena stay lama depan pintu.. tak ada yang berani duduk setempat masa tu.. Kemudian dalam ramai-ramai tu ada yang azan.. masa tulah faisal cool down sikit... baru kita orang berani pegang dia. Tapi sebenarya faisal nie budak dia baik, susah nak marah. Lepas dia kena tu peristiwa tu, tak berakhir kat situ.. ada lagi peritiwa yang pelik berlaku kat dia.. antaranya yang aku tahu dia dah macam tak betul. Suka cakap sorang-sorang, kesian pulak aku kat dia.. Ada jugak kita orang pandai-pandai bagi dia minum air bacaan yassin, tapi lepas tu dia jadi ganas, lepas tu tak ada siapa pun yang berani bagi dia air yassin lagi.. Lepas beberapa bulan kemudian aku saja test dia suruh mengucap tapi dia tak tahu, terkejut jugak aku jadinya.. tanya rukun islam pun dia blur.. Lepas tu aku dah kurang berkawan dengan dia sebab takut, dan dia pun bayak habiskan masa sorang-sorang.. Peristiwa tu antara banyak kisah sedih masa aku kat hostel sekolah aku... pokok tu pun masih ada sampai sekarang... Tapi aktiviti malam aku masih berjalan seperti biasa, haha... Ada sekali tu aku boring giler sebab tak boleh tidur... ada yang bagi idea panjat tangki air..aku tanpa berfikir panjang terus jer kumpul budak-budak... Sebab sebelum nie ada group yang berlagak kononya diaorang yang paling berani panjat tangki air tu.. sebab tempat tu pun boleh tahan kerasnya... Aku pergi berlima, team biasa aku..tapi masa nak pergi tu kena lalu depan rumah warden... Mula-mula kena usha line dulu.. bab nak usha nie memang tak der sape nak volunteer.. termasuk aku.. kerja bahaya tu..hehe.. Masa nak usha tak pasal pasal ada pulak yang usha kita balik, hehe.... Karang katoi tak pasal pasal... Lepas tak ader yang nak buat kerja tu.. terpaksa lah aku yang buat sebab aku yang ajak diaorang semua nie.. Masa aku baru nak turun tangga , tiba-tiba aku macam ternampak kelibat orang tengah menyorok memandang aku, pelik... nak menjerit aku sebab punyalah takut.... siapa pulak yang pandang aku tu?.. kalau budak-budak nie apasal pulak nak menyorok kat bawah dalam gelap sambil usha aku... Bersambung...................