Thursday, April 29, 2010

CERITA PENDEK: Dukun, pensyarah, isteri dan dot dot dot

Post Last Edit by LLM at 22-4-2010 17:34

Dukun Jamilah bersila di teratak buruknya pada suatu malam yang sunyi. Peralatan kemenyan, keris pusaka, ayam panggang, handphone jenama Nokia E-71, bertih jagung, lada hitam, komputer bimbit Toshiba Satellite tersusun di hadapan matanya..

Jamilah, dukun muda berusia 30 tahun, gadis jelita darah campuran, membaca jampi serapah dari Kitab Tajul Muluk. Matanya merah menyala umpama syaitan iblis. Mulutnya berbuih, terkumat-kamit tidak berhenti-henti. Dia mengambil gambar seorang lelaki, Tun Dr Ali Bakar, tokoh korporat berperut buncit, berkumis tebal dan berkepala botak, dan mengasapkannya..

'Lelaki keparat. Lepas aku bagi kau muntah, Aku ghaibkan batang zakar dan skrotum kau pulak' ujar bekas siswi yang terkandas dari fakulti biosains Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Kota Samarahan.

Sementara itu di banglo mewah di tengah ibu kota, Tun Dr Ali Bakar, termuntah-muntah di katil perbaringannya. Isterinya, Toh Puan Nora, kecemasan umpama ibu kucing tertelan serbuk pemutih Clorox. Ali Bakar muntah najis. Aneh. Ketulan najis keluar dari lubang mulutnya. Sungguh di luar tabii. Ilmu hitam legam tapi bukan menawan pasti terbabit.

Professor Madya Damak, pensyarah muda fakulti perundangan Universiti Nottingham KL, yang arif sedikit tentang hal-hal mistik, tergamam melihat keadaan Ali Bakar. 'Puan Nora tahu siapa yang berhati busuk kat suami Puan?'

Puan Nora menangis teresak-esak sambil mengunyah kerepek kentang jenama Pringles perisa kerim masam dan bawang 'Prof, ramai yang tak suka kat suami saya. Saya akui dia banyak buat salah kat orang. Dia merogol anak dara tukang kebunnya sendiri, merampas tanah arwah adiknya, merobohkan penempatan orang Asli untuk projek perumahan, bagi duit kopi kat polis supaya diorang tutup sebelah mata. Memang ramai orang mahu melihatnya merana'

Kepala Damak berpinar-pinar umpama selepas terminum wiski jenama Chivas Regal mendengar pengakuan ikhlas Puan Nora. 'Parah, parah silap silap dia boleh poorah terus ke alam barzakh' getus hati kecil Damak.

'Siapa nama anak tukang kebun Puan Nora? Pada firasat saya, mungkin dia ada kaitan dengan malapetaka yang menimpa Dr Ali Bakar.'

'Jamilah Especkerman. Saya dengar berita angin yang dia menjadi tidak tentu hala selepas kejadian rogol itu. Kali terakhir saya dengar dia duduk menyendiri di kaki Gunung Tahan. Saya ada alamatnya kalau Prof nak'

Professor Damak terdiam..kepalanya ligat berpusing, umpama kipas helikopter Nuri yang hendak terhempas, memikirkan penyelesaian. Jamilah Especkerman..satu nama yang dia tidak mungkin lupa..Rakan msn dan facebooknya dulu

Selang dua hari, Damak sampai di teratak buruk Jamilah. Jamilah yang masih duduk bersila di hadapan perkakasan tergamam seketika melihat kehadiran Damak.

'So Professor, what brings you to my humble abode?' dengan nada yang sinis dia menyapa Damak.

'I know you did something to Dr Ali Bakar. I don't pretend that I sympathise with him after what he did to so many people..But don't you think it's wrong for you to use the occult to punish him?' gesa Damak.

'Go to the corrupt cops that he has under his pockets? Come on Damak, this is Malaysia. We even have a murderer running our country. And no one does or can do anything.. I think you have lived overseas for too long until you have forgotten what it's like over here! People of power, like that raping pig Ali Bakar, can get away with almost anything. What else can I do? Tell me..TELL ME' dengan perasaan marah bercampur hiba Jamilah meraung.

'I tell you what. Just stop what you're doing and we'll figure something out, ok? Why don't you move in with my mother, ok?' pujuk Damak.

Jamilah mengesat air matanya dan mengangguk tanda bersetuju. Damak kemudian membawanya keluar dari teratak buruk itu.
Sebelum beredar, Jamilah memusnahkan segala perkakasan kemenyannya kecuali handphone Nokia dan komputer bimbit Toshiba. Mahal. Sayang nak musnahkan..

Selang seminggu kemudian, Dr Ali Bakar pulih kembali. Tetapi ekoran dari kejadian itu dia bercerai dengan Puan Nora. Dan dia masih lagi melakukan perbuatannya yang penuh rakus dan zalim itu. Dan berlarutan hingga ke hari ini. Inilah realiti dunia kejam yang sekejam Slobodan Milosevic.

EPILOG:

Jamilah dan Damak bersama-sama pergi menyambung pelajaran di luar negara.

Tun Dr Ali Bakar dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Puan Nora hidup di sebuah kondo mewah di Paris, bersama 5 ekor kucing Siam.

Orang Asli yang hilang penempatan masih merempat

Seorang polis yang makan rasuah Dr Ali Bakar dinaikkan pangkat kepada timbalan ketua polis negeri.

TELADAN: Di manakah keadilan?

TAMAT