Saturday, June 16, 2007

About Ilmu Pengasih





Dipetik dr forum dot dot dot....

Kisah 1...

Cerita mcm ni pernah terjadi dlm satu kampung. Dlm kg ini ada satu keluarga yang anak perempuan dia (jap nak kira) ... ha ada lima orang anak perempuan dia yg dah masuk group ''andartu''. Satu hari tu rumah sewa dia orang (belongs to their parents lah kan) dimasuki/disewa oleh satu group budak bujang. (Jap nak kira lagi ... ha tak salah hamba ada 4 orang. Umur orang bujang ni muda muda ada satu jer yang sebaya dng anak perempuan tuan rumah).

Satu hari dlm berborak borak dgn kakak sulung kpd 5 perempuan tu .. terkeluar lah cerita dia orang ni main tuju tuju. Kak Dar tanyalah ''tuju tuju tu benda apa?'' ... makcik ni pun ckplah '' ilmu menyeru nama sipolan bin sipolan setiap malam (di malam yang sepi pi pi, pak mat jual roti tit iti .. heheh gurau kejap kasi tension sikit ).

Lepas tu kan tak lama .. adik perempuan dia yang sebaya dgn budak bujang yg menyewa rumah tu pun bertunang. Lepas tu berkahwin lepas tu dpt anak tapi meninggal masa dilahirkan lepas tu la ni dia orang ada tiga anak kot. Entahlah .. terputus hubungan ler.

Lepas tu kan masa kak Long dia cerita bab seru seru ni .. as usual kak Dar aka minah ingin tau pun tanyalah soalan ini '' dah kalau dia tak nak dah dgn ilmu tu apa dia kena buat'' ... kak Long dia pun ckp ilmu yang dia orang adik beradik dpt dari bapa dia (arwah dah ) boleh dihilangkan dgn meletakkan jari jari dkt dlm pelipat (antara peha dgn betis) masa mencangkung dlm toilet) ....... perghhhhhh sah sah ilmu tak betul!

Sejak itu kan .. kak Dar takut betul nak pergi rumah dia. Maklumlah kak Dar ni cun ler jugak kang tak pasal pasal kena tuju tuju. Kot adik lelaki makcik tu cun and sesuai dgn kak Dar okay - no prob, Kang kena yang tah hapa hapa tu kang .. harus emak ayah kak Dar menagis siang malam (hehehhe ... jangan jeles ek)

kisah 2..

NI aku tak tau lah amalan ilmu pengasih ke or kebetulan sifat tabi'enya macam tu...
alkisahnya...masa aku kat opis lama dulu, kwn aku ni si S..agak cun gak. muka mcm anak mami tp org melaka. anyway, dia dah bertunang. tapi dlm pd tu, adelah 2/3 org tua2 konsultan n big boss, sudah syok sama dia. sampai berebut2 lah pulak. memanglah muka boley tahan. tapi perangai pun blh tahan gak kasar. pendek kata, kalo lelaki sebaya si S ni memang tak suka dgn perangai si S ni. so kwn2 perempuan yg lain apa lagi, lagilah menyampah dgn si S ni (termasuk hasad-dengki). masa meeting, si S ni suka duduk bersilang kaki. sambil tu di pusing2kan ibu jari kakinya. aku mmg lah tak kuasa nak perasan apa dia buat. tapi ada sorang minah aka musuh tradisi si S ni, mmg jenis prihatin apa yg si S ni buat. dia sebarkan kat sapa yg sudi mendengar bahawa perbuatan si S ni memusing2kan ibu jari kakinya dan kemudian ibu jari tu dihadapkan ke arah jantan yg ditargetnya (in this case- big boss)- itu adalah merupakan amalan ilmu pengasih....
apa pendapat korang? ade ke mcm tu? aku mmg tak caya si S ada amalkan ilmu2 camni. aku ni kira kwn yg plg rapat dgn dia sbb aku sorang blh thn dgn peel dia.
bila aku confront dgn si S ni, dia nafikan lah of course. dan aku sendri pun tak yakin dia berama dgn ilmu camtu..tapi tak taulah kalo korang pernah dengo amalan camni wujud. habaq mai...

Petua terhebat utk ilmu pengasih dan ilmu pemanis

Petua hebat ni kena amalkan selalu. Jangan mis. Sebulan 30 hari tepat waktunya. Kalu dimulakan jam 7.00pg musti terus terusan mula 7.00 pg.

Petuanya:
ilmu pengasih: Ambil selasih, rendam dan minum secepat mungkin, jgn lupa boh gula 5 sudu utk 1 cwn. Minum senafas

Ilmu pemanis: Buat air teh 1 cwn, taruh 6 sudu susu pekat + 5 sudu gula. Minum secepat buleh.

Amalkan selama sebulan + 2 bulan + 3 bulan = jangan berhenti selagi tak disahkan doktor dpt penyakit kencing manis!

Selamat mencuba


* Solat 5 waktu yg wajib selalu di abaikan, dilalaikan, di amik mudah, ditinggalkan tanpa sebab

tetapi

amalan yg tidak mempermudahkan untuk menjawab peperiksaan STP (soalan tetap perkuburan) di praktikkan sampai meleleh air lioq.

Kesian aku

No comments: